Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

100 ahli bomba lawan api di West Hamsptead, London

Satu kebakaran besar berlaku di sebuah bangunan kediaman setinggi lima tingkat, di West Hampstead, London

Anggaran Waktu Membaca:
100 ahli bomba lawan api di West Hamsptead, London

Kebakaran di West Hampstead, London. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 26 Jul 2018 02:27PM Dikemas Kini : 26 Jul 2018 02:29PM

LONDON: Satu kebakaran besar berlaku di sebuah bangunan kediaman setinggi lima tingkat di West Hampstead, London. Kebakaran itu memaksa seramai 50 orang dipindahkan pada awal pagi, hari ini (26 Jul).

Sekitar 100 ahli bomba dan 15 kereta bomba dikerahkan bagi memadamkan kebakaran di Inglewood Road, menurut Bomba London.

Para ahli bomba berjaya membantu dua orang yang berada di tingkat satu.

“Kebakaran dipercayai bermula dari dalam sebuah flat di tingkat empat,” kata pengurus balai bomba, Clainton Murray.

Tambah beliau: “Kebakaran juga menjejas bumbung bangunan selain boleh dilihat dari sejauh beberapa kilometer semasa tahap-tahap awal.”

Dalam kenyataannya, pasukan bomba dimaklumkan tentang kebakaran pada 1.04 pagi (9.04 pagi waktu tempatan) dan punca kebakaran masih belum diketahui.

“Disebabkan kebimbangan bahawa bumbung bangunan mungkin runtuh, pasukan bomba memindahkan keluar para penduduk yang berada di tingkat atas,” kata Encik Murray.

Sumber : Reuters/HS/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan