Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

10 wanita Arab Saudi cipta sejarah, dapat lesen memandu

Buat julung-julung kalinya dalam tempoh berpuluh-puluh tahun, Arab Saudi mula mengeluarkan lesen memandu buat penduduk wanitanya semalam (4 Jun), beberapa minggu sebelum ia dijadual menarik balik larangan memandu ke atas wanita.

Anggaran Waktu Membaca:
10 wanita Arab Saudi cipta sejarah, dapat lesen memandu

Seorang wanita Saudi mencuba kereta di sebuah pameran. (Gambar: FAYEZ NURELDINE/AFP)

Diterbitkan : 05 Jun 2018 08:40AM Dikemas Kini : 05 Jun 2018 09:26AM

RIYADH: Buat julung-julung kalinya dalam tempoh berpuluh-puluh tahun, Arab Saudi mula mengeluarkan lesen memandu buat penduduk wanitanya semalam (4 Jun), beberapa minggu sebelum ia dijadual menarik balik larangan memandu ke atas wanita.

Sepuluh wanita Arab Saudi pertama menukar lesen antarabangsa untuk mendapatkan lesen tempatan di beberapa bandar raya termasuk ibu kota negara itu, sedang ia bersedia menamatkan larangan tersebut pada 24 Jun ini.

Langkah berkenaan adalah sebahagian daripada usaha yang dilancarkan Putera Mahkota Mohammed bin Salman, bagi memodenkan negara tersebut.

“Sepuluh wanita Arab Saudi mencipta sejarah semalam apabila mereka diberikan lesen memandu.

“Dijangkakan minggu depan, 2,000 lagi wanita akan mendapat lesen memandu di Arab Saudi,” demikian menurut Pusat Komunikasi Antarabangsa (CIC) Kementerian Penerangan.

Agensi Media Saudi (SPA) melaporkan, pertukaran dibuat selepas pemohon wanita menjalani ujian praktikal tetapi tidak memberikan butiran lanjut.

“Impian menjadi nyata apabila saya boleh memandu di negara ini,” seorang daripada wanita yang mendapat lesen itu, Cik Rema Jawdat, dipetik sebagai berkata oleh CIC. 

Sumber : AFP/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan