Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

10 sekeluarga ditemui mati tergantung dalam rumah

11 anggota sebuah keluarga ditemui mati di rumah mereka pada Ahad (1 Julai). Namun, yang lebih mengerikan, 10 daripada mereka ditemui mati dalam keadaan tergantung menggunakan wayar dengan mata ditutup dan tangan mereka juga diikat.

Anggaran Waktu Membaca:
10 sekeluarga ditemui mati tergantung dalam rumah

Polis tempatan menjalankan siasatan di tempat kejadian. (Gambar: ANI/ Twitter)

Diterbitkan : 02 Jul 2018 01:09PM Dikemas Kini : 02 Jul 2018 01:12PM

NEW DEHLI: 11 anggota sebuah keluarga ditemui mati di rumah mereka pada Ahad (1 Julai). Namun, yang lebih mengerikan, 10 daripada mereka ditemui mati dalam keadaan tergantung menggunakan wayar dengan mata ditutup dan tangan mereka juga diikat.

Mayat ahli keluarga itu termasuk seorang wanita berusia 77 tahun, dua anak lelakinya bersama isteri mereka, seorang lagi anak perempuan serta lima cucunya, menurut polis tempatan. 10 daripadanya, ditemui oleh jiran mereka, tergantung pada gril besi di siling rumah mereka. Mayat wanita lanjut usia itu, bagaimanapun, ditemui di lantai.

Polis menyatakan terlalu awal untuk mengetahui apa yang berlaku. Beberapa pegawai pada awalnya berkata keluarga itu bunuh diri, lapor India Today. Namun, tiada nota ditemukan di tempat kejadian. Media tempatan kemudian diberitahu bahawa kemungkinan keluarga itu mati dibunuh.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada malam tadi (1 Jul), beberapa nota tulisan tangan ditemui dalam rumah itu yang menunjukkan bahawa keluarga itu mengamalkan kepercayaan mistik.

"Secara kebetulan, nota-nota itu juga menunjukkan cara bagaimana mata dan mulut ditutup, sama seperti keadaan para mangsa ketika ditemui pihak berkuasa," menurut polis seperti ditukil India Today.

Keluarga itu tinggal di bandar Burari, utara ibu kota berkenaan, di mana terdapat ramai pendatang asing. Terdapat juga kegiatan-kegiatan samseng di kawasan itu, di mana beberapa orang terbunuh dalam satu kejadian tembak-menembak bulan lalu.

Jiran-jiran memberitahu India Today bahawa keluarga berkenaan sudah menetap di kawasan itu selama hampir 20 tahun, dan mereka menjalankan perniagaan papan lapis dan kedai runcit secara kecil-kecilan. Kedai mereka biasanya dibuka pada jam 6.00 pagi.

Seorang jiran menemukan mayat-mayat itu selepas beliau menaiki ke lantai atas kedai kerana ia tidak dibuka meski sudah jam 7.30 pagi.

Arvind Kejriwal, Menteri Besar Dehli, diberitahu oleh para jiran bahawa keluarga itu mempunyai reputasi baik. "Sukar untuk memahami mengapa insiden ini terjadi," kata Encik Kejriwal kepada para wartawan.  

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan