Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

10 maut selepas telaga minyak Aceh terbakar, angka korban dijangka meningkat

Sekurang-kurangnya 10 orang terkorban dan berpuluh-puluh yang lain mengalami kecederaan selepas telaga minyak haram terbakar di wilayah Aceh, Indonesia, menurut pihak berkuasa hari ini (25 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
10 maut selepas telaga minyak Aceh terbakar, angka korban dijangka meningkat

Gambar: Para pegawai bomba di tapak kebakaran. (Gambar: ILYAS ISMAIL/AFP)

Diterbitkan : 25 Apr 2018 02:13PM Dikemas Kini : 25 Apr 2018 02:15PM

BANDA ACEH: Sekurang-kurangnya 10 orang terkorban dan berpuluh-puluh yang lain mengalami kecederaan selepas telaga minyak haram terbakar di wilayah Aceh, Indonesia, menurut pihak berkuasa hari ini (25 Apr).

Tumpahan minyak menyebabkan kebakaran besar pada 1.30 pagi waktu tempatan di sebuah kawasan kediaman. Sekurang-kurangnya tiga rumah dijilat api yang masih belum dapat dikawal sejauh ini.

"Kebakaran itu masih belum dapat dipadamkan," kata Encik Saiful, ketua daerah Ranto Peureulak di Aceh.

Sekurang-kurangnya 10 mayat sudah ditemui dan angka korban dijangka terus meningkat, menurut polis. Ia menambah bahawa para mangsa yang mengalami kecederaan sedang dirawat di hospital-hospital tempatan.

Di tempat kejadian, pasukan bomba sedang bertungkus lumus cuba memadamkan kebakaran dan mereka dibantu oleh syarikat minyak milik pemerintah, Pertamina. 

Sumber : AFP/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan