Images
  • shanghai building collapse
    Sekitar separuh daripada bangunan rendah roboh di Shanghai, menghempap para pekerja binaan dengan runtuhan tiang konkrit dan palang kayu yang merekah. (Gambar: AFP/Hector Retamal)

10 maut selepas bangunan Shanghai runtuh

SHANGHAI: Angka korban akibat keruntuhan bangunan komersil di Shanghai yang sedang menjalani kerja-kerja ubah elok meningkat kepada 10 orang sepanjang malam setelah tiga lagi mangsa ditemui, menurut pihak berkuasa bandar itu pada Jumaat (17 Mei).

Sekitar separuh daripada bangunan rendah itu roboh pada sekitar tengah hari pada Khamis, menyebabkan para pekerja binaan terhempap di bawah runtuhan tiang konkrit dan palang kayu yang merekah.

Pihak berkuasa menyatakan 25 orang dijumpai bawah runtuhan, sementara 10 daripada mereka meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami.

Pengumuman terbaru di laman media sosial pemerintah bandar berkenaan bagaimanapun tidak menjelaskan sama ada ramai yang masih hilang, setakat menambah, kerja-kerja mencari dan menyelamat "secara amnya sudah selesai".

Kakitangan perubatan sedang ‘berusaha sedaya upaya’ untuk merawat mereka yang cedera, menurut pengumuman tersebut.

Para pekerja menyelamat menarik keluar para pekerja yang berlumuran darah dan disaluti debu sepanjang petang dan malam Khamis, menurut para wartawan AFP di tempat kejadian.

"Bangunan tersebut sebelum ini digunakan oleh peniaga kereta Mercedes-Benz, menurut kementerian kecemasan negara.

Namun bangunan tersebut sudah bertukar tangan dan sedang dibangunkan semula sebagai tapak guna campur bagi kesenian dan inovasi, menurut laporan media China.

- AFP/ZM/zm

Top