Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

10 diberkas di Indonesia jelang keputusan pilihan raya

Pasukan antipengganas Indonesia menangkap sekurang-kurangnya 10 orang yang disyaki merancang serangan semasa pengumuman keputusan rasmi Pilihan Raya negara itu, minggu depan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 15 May 2019 10:22PM Dikemas Kini : 16 May 2019 01:15AM

JAKARTA: Pasukan antipengganas Indonesia menangkap sekurang-kurangnya 10 orang yang disyaki merancang serangan semasa pengumuman keputusan rasmi Pilihan Raya negara itu, minggu depan.

Menurut pihak berkuasa Indonesia, mereka merancang serangan ke atas rapat-rapat besar yang diadakan pada 21, 22 dan 23 Mei ini.

Matlamatnya adalah untuk mencetuskan kekecohan dan menyasarkan seberapa ramai mangsa yang mungkin, termasuk para anggota polis.

Suspek-suspek itu dipercayai para anggota Jemaah Ansharut Daulah - kumpulan terbesar yang dikaitkan dengan ISIS di Indonesia.

Lebih ramai suspek masih diburu polis ketika pihak berkuasa mengetatkan kawalan menjelang 22 Mei - tarikh pengumuman keputusan rasmi Pilihan Raya Indonesia.

Hampir 32,000 anggota polis dan askar sudahpun diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga di ibu kota Jakarta. 

Sumber : Reuters/AA/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan