Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

10 dan 11 Mei diisytihar sebagai cuti umum

Ketua Setiausaha Kerajaan Ali Hamsa mengumumkan pada Khamis (10 Mei) bahawa hari ini dan esok akan diisytiharkan sebagai cuti umum tambahan bagi seluruh Malaysia, menyusuli Pilihan Raya Umum ke-14 negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
10 dan 11 Mei diisytihar sebagai cuti umum

Para penyokong Pakatan Harapan di Kuala Lumpur. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 10 May 2018 06:39AM Dikemas Kini : 10 May 2018 06:45AM

KUALA LUMPUR: Ketua Setiausaha Kerajaan Ali Hamsa mengumumkan bahawa hari ini (10 Mei) dan esok (11 Mei) akan diisytiharkan sebagai cuti umum tambahan bagi seluruh Malaysia, menyusuli Pilihan Raya Umum ke-14 negara itu.

Hari Ahad pula diisytiharkan sebagai cuti umum tambahan bagi negeri-negeri yang cuti hujung minggunya jatuh pada hari Jumaat dan Sabtu, kata beliau.

Pakatan Harapan yang diterajui mantan perdana menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad, 92 tahun, mencatat kemenangan bersejarah, menurut keputusan rasmi yang diumumkan pada 10 Mei, sekaligus memecahkan monopoli Barisan Nasional yang menguasai landskap politik Malaysia selama 60 tahun.

Perisytiharan cuti umum itu dibuat mengikut Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan 1951 bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan," kata beliau dalam satu kenyataan. 

Bagi Sabah dan Sarawak pula, kerajaan negeri-negeri itu mesti mengisytiharkan cuti umum pada tarikh-tarikh tersebut berdasarkan Ordinan Hari Kelepasan. 

Sumber : CNA/AI/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan