Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

10,000 petani Bachok raih lebih RM32 juta tanam tembikai, labu, keledek

Kira-kira 10,000 petani di pesisir pantai Bachok meraih pendapatan keseluruhan lebih RM32 juta (S$10.50 juta) setahun menerusi hasil tanaman tembikai, labu dan ubi keledek.

Anggaran Waktu Membaca:
10,000 petani Bachok raih lebih RM32 juta tanam tembikai, labu, keledek

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 12 Feb 2021 09:55PM Dikemas Kini : 12 Feb 2021 10:23PM

KELANTAN: Kira-kira 10,000 petani di pesisir pantai Bachok meraih pendapatan keseluruhan lebih RM32 juta (S$10.50 juta) setahun menerusi hasil tanaman tembikai, labu dan ubi keledek.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II Che Abdullah Mat Nawi berkata lebih 90 peratus daripada pendapatan itu adalah hasil tanaman tembikai di atas kawasan seluas 1,290 hektar yang diusahakan dua kali setahun dengan pulangan sekitar RM29 juta (S$9.5 juta).

“Sebahagian besar mereka merupakan bekas penanam tembakau dan nelayan yang tidak dapat turun ke laut pada musim tengkujuh,” katanya kepada pemberita pada Perasmian Memetik Buah Tembikai di Kampung Kandis, pada Jumaat (12 Feb).

Beliau berkata selebihnya membabitkan tanaman labu di kawasan seluas 77 hektar yang menghasilkan pendapatan RM2 juta (S$655,000) dan tanaman ubi keledek sekali setahun di kawasan seluas 400 hektar dengan pendapatan sebanyak RM1 juta (S$330,000).

Katanya hasil tanaman terbabit dipasarkan kepada pembeli yang sudah tersedia di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur serta pasar raya terkemuka di seluruh negara.

Berhubung kekurangan bahan makanan haiwan dan kenaikan harga, beliau berkata kenaikan harga itu tidak dapat dielakkan kerana negara bergantung kepada import, namun kementeriannya akan memantau perkara berkenaan bagi memastikan harga tidak meningkat lebih tinggi sehingga membebankan petani dan penternak.

Atas faktor itu juga pihak kementerian katanya menggalakkan petani mengeluarkan sendiri makanan haiwan ternakan menggunakan sisa makanan seperti jagung selain menanam rumput jenis “napier” yang mudah ditanam.

“Kita akan menjalan kempen dan memberi kursus-kursus kepada petani tentang kaedah menanam rumput berkenaan dan kaedah memprosesnya untuk menghasilkan makanan terbabit cara yang lebih mudah,” katanya.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan