Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

10,000 hilang tempat tinggal akibat kebakaran di Bangladesh

Sekurang-kurangnya 10,000 orang hilang tempat tinggal selepas ia musnah dalam kebakaran besar di penempatan miskin yang sesak di ibu kota Bangladesh, menurut pihak berkuasa pada Ahad (18 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
10,000 hilang tempat tinggal akibat kebakaran di Bangladesh

Kebakaran di Bangladesh menyebabkan sekurang-kurangnya 10,000 hilang tempat tinggal (Gambar: AFP/Munir Uz Zaman)

Diterbitkan : 18 Aug 2019 06:00PM Dikemas Kini : 18 Aug 2019 06:03PM

DHAKA: Sekurang-kurangnya 10,000 orang hilang tempat tinggal selepas ia musnah dalam kebakaran besar di penempatan miskin yang sesak di ibu kota Bangladesh, menurut pihak berkuasa pada Ahad (18 Ogos).

Kebakaran berlaku di Mirpur, Dhaka pada lewat Jumaat malam dan memusnahkan sekitar 2,000 pondok zink, kata jurucakap bomba Ershad Hossain kepada AFP.

"Saya tidak dapat menyelamatkan satu benda pun. Saya tidak tahu apa yang akan saya lakukan," seorang penjual teh Abdul Hamid, 58 tahun, memberitahu AFP sambil menangis.

Pihak berkuasa berjaya mengawal kebakaran dan tiada yang terkorban. Namun beberapa orang mengalami cedera ringan.

Ketika kejadian, ramai penduduk yang kebanyakannya pekerja bergaji rendah di kilang pakaian, tidak berada di kawasan tersebut untuk menyambut Aidiladha bersama keluarga di kampung halaman.

"Jika ramai tidak balik kampung, pasti kesannya lebih teruk," kata ketua polis tempatan Golam Rabbani.

Sekitar 10,000 orang tumpang berteduh di kem-kem berdekatan sekolah-sekolah yang ditutup sempena cuti Aidiladha, menurut Encik Hossain.

"Kami menyediakan makanan, minuman, tandas mudah alih dan bekalan elektrik," menurut seorang pegawai tempatan Shafiul Azam kepada AFP, yang menambah pihak berkuasa sedang cuba mencari tempat tinggal tetap buat mereka.

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan