Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

1 warga China dijatuhi hukuman mati yang ditangguhkan kerana seludup Fentanyl ke AS

Sebuah mahkamah China menjatuhkan hukuman ke atas sembilan orang kerana mengedar dadah sintetik, Fentanyl.

Anggaran Waktu Membaca:
1 warga China dijatuhi hukuman mati yang ditangguhkan kerana seludup Fentanyl ke AS

Beg plastic mengandungi fentanyl di kawasan Perlindungan Kastam dan Sempadan AS pada 29 Nov 2017. (Gambar fail: Joshua Lott/REUTERS)

Diterbitkan : 07 Nov 2019 05:29PM Dikemas Kini : 07 Nov 2019 05:31PM

XINGTAI, Hebei: Sebuah mahkamah China menjatuhkan hukuman ke atas sembilan orang kerana mengedar dadah sintetik, Fentanyl.

Kes tersebut menandakan kerjasama yang jarang berlaku bersama pihak penguat kuasa dadah Amerika Syarikat.

Satu orang dijatuhi hukuman mati yang ditangguhkan kerana menyeludup Fentanyl ke AS.

Berikutan hukuman tersebut, para pegawai China dan AS mengadakan sidang media bersama di wilayah Hebei, China.

Menjawab pertanyaan pihak media negara, seorang pegawai kanan perubatan berkata ia adalah tidak bertanggungjawab dan tidak konsisten dengan fakta sebenar untuk menyatakan China merupakan sumber utama bagi krisis opioid AS.

Fentanyl, sejenis dadah sintetik untuk menahan rasa sakit, disalahgunakan secara meluas di AS.

Para pegawai Amerika berkata China adalah sumber utama bekalan haram Fentanyl di negara itu, kebanyakannya menerusi kiriman mel antarabangsa.

Beijing, bagaimanapun, menafikan kenyataan tersebut.

President AS Donald Trump menuduh Presiden China Xi Jinping pada Ogos lalu kerana gagal menepati ikrarnya untuk menumpaskan aliran fentanyl ke Amerika.

Pertikaian mengenai Fentanyl timbul sedang kedua-dua negara itu masih lagi berusaha untuk menghuraikan ketegangan perdagangan mereka. 

Sumber : Reuters/Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan