Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

1 maut, ratusan cari tempat berteduh susuli gempa 7.3 Richter di Maluku

Sekurang-kurangnya seorang individu ditemui mati dan beratus-ratus yang lain dipindahkan ke tempat selamat selepas gempa bumi kuat berukuran 7.3 pada skala Richter menggegarkan kepulauan Maluku di timur Indonesia pada Ahad (14 Jul), menurut seorang pegawai.

Anggaran Waktu Membaca:
1 maut, ratusan cari tempat berteduh susuli gempa 7.3 Richter di Maluku

Gempa bumi berpusat sekitar 165 kilometer dari bahagian selatan barat daya bandar Ternate di wilayah Maluku Utara pada Ahad (14 Jul). (Gambar: AFP/STR)

Diterbitkan : 15 Jul 2019 03:57PM Dikemas Kini : 15 Jul 2019 04:12PM

JAKARTA: Sekurang-kurangnya seorang individu ditemui mati dan beratus-ratus yang lain dipindahkan ke tempat selamat selepas gempa bumi kuat berukuran 7.3 pada skala Richter menggegarkan kepulauan Maluku di timur Indonesia pada Ahad (14 Jul), menurut seorang pegawai.

Gempa tersebut berpusat sekitar 165 kilometer dari bahagian selatan barat daya bandar Ternate di wilayah Maluku Utara pada sekitar 6.28 petang waktu tempatan (5.28 petang waktu Singapura), menurut Jabatan Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Di daerah Halmahera Selatan, daerah terdekat dengan pusat gempa, sekitar 160 buah rumah runtuh apabila gempa bumi melanda. Seorang wanita disahkan mati akibat bencana alam itu.

"Mangsa terhempap serpihan apabila rumahnya runtuh, " kata seorang pegawai pengurusan bencana tempatan Ihksan Subur kepada AFP pada Isnin, sambil menambah tiada kematian lain dilaporkan.

Beratus-ratus penduduk lain masih berteduh di sekolah-sekolah, bangunan pemerintah dan tempat-tempat tinggi.

"Gempa susulan berlaku dengan kerap jadi orang ramai masih trauma dan tidak berani kembali ke rumah masing-masing," tulis Encik Subur.

Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) menyatakan setakat sehingga Isnin, sekurang-kurangnya 52 gempa susulan dicacatkan selepas gempa pertama.

Para pegawai pemerintah sudah mula mengagihkan bekalan makanan dan keperluan logistik kepada para penduduk.

Wilayah Maluku Utara turut digegarkan gempa sekuat 6.9 pada skala Richter minggu lalu.

Mujur tiada kematian atau kerosakan harta benda dilaporkan.

Sumber : AFP/TQ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan