Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

1 maut dalam serangan tikaman di Sydney; suspek ditahan

Seorang penyerang bersenjatakan pisau membunuh seorang, mencederakan seorang yang lain dan cuba menikam ramai lagi di tengah bandar Sydney dalam satu serangan pada Selasa (13 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
1 maut dalam serangan tikaman di Sydney; suspek ditahan

Seorang wanita dikejarkan ke hospital susuli satu serangan tikaman di Sydney pada 13 Ogos (Gambar: AAP/Dean Lewis/AP Photos)

Diterbitkan : 13 Aug 2019 06:53PM Dikemas Kini : 13 Aug 2019 06:58PM

SYDNEY: Seorang penyerang bersenjatakan pisau membunuh seorang, mencederakan seorang yang lain dan cuba menikam ramai lagi di tengah bandar Sydney dalam satu serangan pada Selasa (13 Ogos).

Polis menyatakan lelaki Sydney berusia 21 tahun itu mempunyai sejarah penyakit mental dan dipercayai membunuh seorang wanita sebaya di sebuah unit kediaman, sebelum mengamuk di pusat bandar.

Ketua polis New South Wales Mick Fuller berkata suspek berkenaan tidak diketahui mempunyai kaitan dengan sebarang kumpulan pengganas, namun mempunyai alat penyimpan USB (thumb drive) yang mengandungi butiran serangan beramai-ramai oleh pelampau haluan kanan kulit putih di Amerika Syarikat dan New Zealand.

Seorang wanita berusia 41 tahun dibawa ke hospital selepas ditikam dari belakang, namun beliau dalam keadaan stabil.

Gambar-gambar yang disiarkan media Australia menunjukkan seorang lelaki melompat ke atas bumbung kereta sambil mengacukan pisau.

Satu petikan video menunjukkan lelaki itu terjatuh apabila kereta itu bergerak dan seorang lelaki lain membawa kerusi telah bersemukan dengannya.

Satu rakaman video lain pula menunjukkan
penyerang tersebut ditindih oleh beberapa orang yang cuba menahannya.

"Pada sekitar 2.00 petang, khidmat kecemasan bertindak menyusuli laporan mengenai seorang lelaki yang sedang berjalan di York Street, Sydney membawa pisau," menurut Pasukan Polis New South Wales (NSW) dalam satu catatan Facebook.

"Sedang polis menuju ke lokasi, terdapat beberapa laporan menyatakan bahawa lelaki itu telah menikam seseorang di persimpangan King Street dengan Clarence Street."

Seorang saksi Megan Hayley memberitahu AFP beliau melihat lelaki itu mengacu-acukan pisau besar dan mengejar beberapa orang awam di daerah pusat bandar yang sibuk sejurus selepas waktu makan tengah hari.

"Lima atau enam orang lain mengejarnya dari belakang dan cuba menghalangnya. Mereka berjaya menangkap dan menahannya" di hadapan dua kafe popular, menurut saksi itu lagi.

Pihak polis memuji keberanian orang awam yang menahan penyerang itu.

Polis menambah bahawa suspek bertindak seorang diri, namun motifnya belum dapat ditentukan.

"Buat masa ini ia kelihatan seperti serangan tanpa provokasi namun kami mengekalkan minda yang terbuka melangkah ke hadapan," tambah jurucakap polis itu.

Perdana Menteri Scott Morrison turut memuji keberanian orang ramai yang cuba menahan suspek.

"Ingatan kami bersama mereka yang terjejas oleh serangan ganas ini," tambah beliau.

Sumber : CNA/Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan