Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

1 maut dalam serangan pisau di Paris

Seorang lelaki yang melaungkan "Allahu Akbar" menikam mati seorang pejalan kaki dalam satu serangan di mana empat lagi cedera di tengah bandar Paris lewat semalam (12 Mei) sebelum dia ditembak mati oleh polis, menurut pihak berkuasa Perancis.

Anggaran Waktu Membaca:
1 maut dalam serangan pisau di Paris

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 13 May 2018 11:00AM Dikemas Kini : 13 May 2018 11:02AM

PARIS: Seorang lelaki yang melaungkan "Allahu Akbar" menikam mati seorang pejalan kaki dalam satu serangan di mana empat lagi cedera di tengah bandar Paris lewat semalam (12 Mei) sebelum dia ditembak mati oleh polis, menurut pihak berkuasa Perancis.

Perancis diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga peringkat tinggi di tengah-tengah siri serangan yang dipengaruhi dan didalangi ISIS. 240 orang maut dalam serangan-serangan sedemikian sejak 2015.

Perancis "tidak akan tunduk kepada musuh kebebasan (seperti itu)," kata Presiden Emmanuel Macron selepas serangan itu, sambil memuji para pegawai yang melenturkan pengganas itu.

Polis dimaklumkan tentang insiden itu pada 8.47 malam waktu tempatan dan ia tiba di tempat kejadian dalam masa lima minit. Lelaki berkenaan 'ditewaskan' dalam tempoh sembilan minit sejak panggilan pertama, kata Perdana Menteri Edouard Philippe kepada para wartawan.

Wakil kesatuan polis, Encik Rocco Contento, memberitahu Reuters bahawa selepas lelaki berkenaan menyerang orang awam dengan sebilah pisau, dia menerpa ke arah polis dan berteriak, "Saya akan bunuh anda! Saya akan bunuh anda!"

Dia kemudian ditembak polis.

Serangan itu berlaku di ibu kota Perancis di kawasan yang terkenal dalam kalangan pelancong kerana terdapat banyak restoran, kafe, kedai-kedai runcit dan opera Perancis.

Pendakwa Francois Molins memberitahu para wartawan bahawa unit antipengganasan akan menjalankan siasatan terhadap 'ragam operasi' penyerang. Identitinya belum lagi diketahui, kata para pegawai pagi tadi (13 Mei).

Gambar-gambar menunjukkan lelaki berkenaan seorang lelaki muda berjanggut yang memakai seluar berwarna hitam.

ISIS mengaku bertanggungjawab atas serangan itu melalui agensi berita Amaq, tetapi tidak memberi sebarang bukti berhubung dakwaannya itu.

Menteri Dalam Negeri Perancis Gerard Collomb menyifatkan serangan itu sebagai "menjelikkan".

Saksi-saksi memberi gambaran kepada media tempatan tentang bagaimana lelaki itu berlari ke arah para pegawai polis yang menembaknya.

"Kami disuruh masuk ke dalam sebuah bangunan secepat mungkin. Saya ingin tahu apa yang sedang berlaku dan keluar sekali lagi. Di luar, saya ternampak seorang lelaki yang terbaring di lantai, sekitar 200 meter dari saya. Polis, bomba dan ambulans tiba," kata seorang saksi wanita.

Pihak berkuasa belum lagi mendedahkan identiti para mangsa. 

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan