Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

1 kumpulan vaksin COVID-19 keluaran Johnson & Johnson tercemar

Satu kumpulan vaksin COVID-19 keluaran syarikat Johnson & Johnson didapati tercemar semasa proses penghasilan di sebuah kilangnya di Amerika Syarikat.

Anggaran Waktu Membaca:
1 kumpulan vaksin COVID-19 keluaran Johnson & Johnson tercemar

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 01 Apr 2021 06:50PM Dikemas Kini : 01 Apr 2021 06:52PM

WASHINGTON: Satu kumpulan vaksin COVID-19 keluaran syarikat Johnson & Johnson didapati tercemar semasa proses penghasilan di sebuah kilangnya di Amerika Syarikat.

Syarikat itu tidak mendedahkan jumlah vaksin yang terjejas tetapi akhbar the New York Times melaporkan bilangannya tidak kurang 15 juta dos.

Para pekerja di kilang berkenaan dikatakan tidak sengaja mencampurkan bahan-bahan bagi vaksin Johnson & Johnson dengan bahan untuk vaksin keluaran syarikat AstraZeneca.

Kedua-dua jenis vaksin itu dihasilkan di kilang tersebut.

Walaupun ada kegenjotan itu, Johnson & Johnson menyatakan ia masih dapat membekalkan permintaan bagi vaksin keluarannya. 

Sumber : Agensi berita/MU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan