Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

1 juta penduduk Vietnam dijangka dipindahkan ekoran taufan Tembin

Sejuta penduduk di kawasan-kawasan rendah bahagian pantai selatan Vietnam dijangka dipindahkan menjelang ketibaan Taufan Tembin.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 25 Dec 2017 08:07PM Dikemas Kini : 25 Dec 2017 11:01PM

HANOI/MANILA: Sejuta penduduk di kawasan-kawasan rendah bahagian pantai selatan Vietnam dijangka dipindahkan menjelang ketibaan Taufan Tembin.

Di samping itu sekolah-sekolah di bandar Ho Chi Minh ditutup hari ini (25 Dis).

Taufan Tembin dijangka melanda bahagian darat Vietnam lewat malam ini selepas mengganas di Filipina dan meragut lebih 200 nyawa.

Sebagai langkah berjaga-jaga, pemerintah Vietnam juga mengarahkan agar pelantar-pelantar cari gali minyak serta kapal-kapal di perairannya dilindungi.

Bahkan sekiranya perlu, Perdana Menteri Vietnam mengarahkan agar pelantar-pelantar minyak itu ditutup dan para pekerjanya dipindahkan.

Tembin bakal menjadi ribut yang ke-16 untuk melanda Vietnam tahun ini. Ribut dan bencana alam sebelum ini sudahpun menyebabkan 390 orang terkorban ataupun hilang, menurut perangkaan rasmi.  

Sumber : Reuters/MU/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan