Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

1 dalam 3 orang yang sudah sembuh dari COVID-19 alami masalah mental, saraf: Kajian

Satu daripada tiga orang yang sembuh daripada COVID-19 didiagnos dengan masalah neurologi atau psikiatri enam bulan kemudian.

Anggaran Waktu Membaca:
1 dalam 3 orang yang sudah sembuh dari COVID-19 alami masalah mental, saraf: Kajian

Gerakan vaksinasi besar-besaran di merata dunia bermula dengan golongan usia senja (Gambar: Victoria Jones/Pool via Reuters)

Diterbitkan : 07 Apr 2021 03:02PM Dikemas Kini : 07 Apr 2021 03:05PM

PARIS: Satu daripada tiga orang yang sembuh daripada COVID-19 didiagnos dengan masalah neurologi atau psikiatri enam bulan kemudian.

Demikian menurut satu kajian terbesar yang diterbitkan sejauh ini mengenai gangguan mental yang menjejas orang-orang yang dijangkiti COVID-19 untuk tempoh panjang.

Para penulis berkata kajian itu, yang diterbitkan pada Rabu (7 Apr) dalam jurnal The Lancet Psychiatry, membuktikan bahawa para pesakit COVID-19 lebih cenderung mengalami masalah otak berbanding mereka yang mengalami jangkitan pernafasan lain.

Kajian ke atas rekod kesihatan lebih 230,000 pesakit yang sudah sembuh daripada COVID-19, mendapati 34 peratus daripada mereka didiagnos mengalami masalah neurologi atau psikiatri dalam tempoh enam bulan.

Masalah paling biasa adalah keresahan (17 peratus pesakit) dan gangguan perasaan (14 peratus).

Bagi 13 peratus pesakit, gangguan itu adalah diagnosis pertama mereka berkaitan isu kesihatan mental.

Kes masalah neurologi seperti pendarahan otak (0.6 peratus), angin ahmar (2.1 peratus) dan demensia (0.7 peratus) secara keseluruhannya lebih rendah berbanding gangguan psikiatri.

Namun risiko gangguan otak lazimnya lebih tinggi dalam kalangan pesakit yang mengalami COVID-19 teruk.

Para penulis juga meneliti data daripada lebih 100,000 pesakit yang didiagnos dengan influenza dan lebih 236,000 pesakit yang didiagnos dengan sebarang jangkitan pernafasan lain.

Mereka mendapati terdapat keseluruhan 44 peratus lebih risiko diagnosis neurologi dan kesihatan mental selepas jangkitan COVID-19 berbanding selepas selesema dan 16 peratus lebih risiko berbanding jangkitan pernafasan lain.

Paul Harrison, ketua penulis dari Universiti Oxford, berkata meskipun risiko individu mengalami gangguan neurologi dan psikiatri menyusuli COVID-19 adalah kecil, kesan keseluruahnnya dalam kalangan penduduk global boleh terbukti "besar".

"Kebanyakan kes adalah kronik." kata beliau.

Sumber : AFP/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan