Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

1.6 juta hektar tanah musnah terbakar di Indonesia tahun ini

Sekurang-kurangnya 1.6 juta hektar tanah, kebanyakannya terdiri daripada tanah usang dan tanah gambut yang kaya dengan karbon di Indonesia musnah akibat kebakaran yang turut mengakibatkan jerebu yang meliputi Asia Tenggara tahun ini, menurut data sebuah kumpulan penyelidik pada Isnin (2 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
1.6 juta hektar tanah musnah terbakar di Indonesia tahun ini

Gambar fail kebakaran hutan di Indonesia dipetik pada Okt 2019 (Gambar: Reuters/Willy Kurniawan)

Diterbitkan : 02 Dec 2019 10:45PM Dikemas Kini : 02 Dec 2019 10:48PM

JAKARTA: Sekurang-kurangnya 1.6 juta hektar tanah, kebanyakannya terdiri daripada tanah usang dan tanah gambut yang kaya dengan karbon di Indonesia musnah akibat kebakaran yang turut mengakibatkan jerebu yang meliputi Asia Tenggara tahun ini. Demikian menurut data sebuah kumpulan penyelidik pada Isnin (2 Dis).

Sudah bertahun-tahun, seluruh Asia Tenggara berdepan isu jerebu akibat kebakaran di Indonesia yang meingkatkan kebimbangan kesihatan dan sekitaran. Namun masalah jerebu tahun ini adalah yang paling teruk sejak 2015, apabila 2.6 juta hektar tanah terbakar di Indonesia.

Kaedah tebang bakar yang digunakan sebahagian pengusaha ladang kelapa sawit sering dianggap punca utama api merebak dengan pantas, terutama sekali semasa musim kemarau.

Kebakaran hutan di Indonesia juga dipersalahkan sebagai penyumbang kepada meningkatnya pelepasan gas rumah hijau serta penebangan hutan yang mengancam hidupan liar seperti orangutan.

Menurut Pusat Penyelidikan Perhutanan Antarabangsa (CIFOR) yang berpangkalan di Jakarta, analisis gambar satelit sepanjang 10 bulan pertama tahun ini menunjukkan kebanyakan kebakaran berlaku di kawasan tanah yang sudah dibersihkan sejak beberapa tahun lalu.

"Kami mendapati 76 peratus kebakaran berlaku di tanah-tanah terbiar. Tanah tersebut dahulu merupakan hutan, namun selepas beberapa kali dibakar menjadikan tanah usang yang tidak berhasil," menurut saintis CIFOR yang dipimpin David Gaveau, dalam satu kenyataan.

Sekitar 3 peratus kebakaran berlaku di ladang-ladang kelapa sawit.

Tanah gambut membentuk sekitar 41 peratus tanah yang terbakar, atau 670,000 hektar, di Indonesia tahun ini, menurut perangkaan CIFOR.

Para saintis menganggarkan sekitar 60,000 hektar kawasan hutan hujan dibakar tahun ini sehingga Oktober.

Wilayah Jambi dan Kalimantan Barat, yang menjadi habitat utama harimau dan orangutan, antara kawasan paling teruk terjejas akibat kebakaran hutan.

Sejumlah 1.6 juta hektar tanah yang dianggarkan terbakar adalah berdasarkan analisis di tujuh wilayah.

Kementerian sekitaran dan perhutanan Indonesia tidak segera menjawab permintaan untuk mengulas perangkaan yang dilkeluarkan CIFOR. Namun, pada awal tahun ini seorang pegawai berkata 857,756 hektar tanah terbakar sehingga hujung September.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan