Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

1.1 juta bujang M'sia layak terima skim bantuan sara hidup

Seramai 1.1 juta individu bujang berumur melebihi 40 tahun yang berpendapatan kurang daripada RM2,000 (S$656) sebulan, layak menerima Skim Bantuan Sara Hidup (BSH) mulai tahun depan.

Anggaran Waktu Membaca:
1.1 juta bujang M'sia layak terima skim bantuan sara hidup

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 11 Oct 2019 07:07PM Dikemas Kini : 11 Oct 2019 07:13PM

KUALA LUMPUR: Seramai 1.1 juta individu bujang berumur melebihi 40 tahun yang berpendapatan kurang daripada RM2,000 (S$656) sebulan, layak menerima Skim Bantuan Sara Hidup (BSH) mulai tahun depan.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengumumkan demikian semasa membentangkan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat hari ini (11 Okt). Menurutnya, orang kelainan upaya (OKU) berumur 18 tahun ke atas yang berpendapatan kurang daripada RM2,000 (S$656) sebulan turut layak menerima bayaran Skim Bantuan Sara Hidup.

“Individu bujang berumur 40 tahun ke atas dan golongan OKU layak menerima sebanyak RM300 (S$99) dan secara automatik menjadi penerima Skim Takaful MySalam secara percuma,” katanya.

Encik Lim berkata kerajaan memperuntukkan RM5 bilion (S$1.64 bilion) untuk BSH tahun depan.

Pada 2019, skim itu memberi manfaat kepada 3.9 juta isi rumah, katanya.

Encik Lim berkata secara keseluruhannya, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM24.2 bilion (S$7.9 bilion) di bawah Belanjawan 2020 untuk subsidi dan bantuan sosial, berbanding RM22.3 bilion (S$7.3 bilion) pada tahun ini.

Menurutnya, ia termasuk bantuan kebajikan seperti BSH dan subsidi yang berkaitan dengan pertanian, bahan api dan kadar faedah.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan