Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

‘Dr Ismail’, tukang urut tradisional di Bedok North kongsi pengalaman ‘ubatkan’ penduduk di tepi tangga

Di Bedok North Street 3, terdapat sebuah 'kedai' urut serba sederhana di tepi tangga bawah blok 539.

Anggaran Waktu Membaca:

#BERITAjelajah: Di Bedok North Street 3, terdapat sebuah 'kedai' urut serba sederhana di tepi tangga bawah blok 539.

Hampir setiap hari, sepanjang lebih 15 tahun yang lalu, seorang lelaki kurang daya penglihatan menyediakan khidmat urut di situ dari 12.00 tengah hari hingga 9.00 malam.

Malah, beliau begitu mesra dengan pelanggannya hingga mendapat jolokan ‘Dr Ismail’.

#BERITAjelajah duduk bersembang bersama tukang urut berusia 66 tahun itu yang bernama Encik Akbar Abdullah atau dikenali juga sebagai Encik Ismail.

PENGALAMAN PAHIT MANIS

“Bila saya dah ubatkan mereka, Alhamdulillah mereka usik-usik sahaja beri gelaran nama - mereka pekik dari belakang Dr Ismail, saya di sini!” kongsi Encik Akbar bagaimana gelaran ‘Dr Ismail’ diberi para pelanggan setianya yang kagum dengan khidmat beliau selama ini.

Dengan harga yang tidak banyak berubah sepanjang bertahun-tahun yang lalu - S$15 bagi setengah jam dan S$28 sejam, maka tidak hairanlah jika ramai yang datang mendapatkan khidmat urut tradisionalnya. Ada di antara mereka yang datang sejauh barat Singapura.

Encik Akbar mula hilang daya penglihatannya pada usia 14 tahun setelah mengalami demam panas.

Namun, beliau tidak pernah berputus asa untuk mencari rezeki dan hidup berdikari terutamanya dengan sokongan anak serta isterinya, Cik Nur 'Aini Basri, yang meninggal dunia dua tahun lalu.

Sepanjang menguruskan "kedainya" ini, banyak pengalaman dan cabaran yang perlu beliau tempuh.

“Ramai yang baik hati. (Tapi) ada pula yang main-mainkan saya … ada yang sudah urut, terus hilang,” tambah beliau.

"Dr Ismail" berkongsi lebih banyak lagi gelagat pelanggannya termasuk kedatangan "tetamu yang tidak diundang"dalam #BERITA Jelajah di Facebook/Instagram @BERITAmediacorp.

Sumber : BERITA Mediacorp/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan