Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

DBS & Polis beri amaran tentang SMS yang curi data dan wang mangsa

Polis dan DBS Bank memberi amaran hari ini (22 Nov) mengenai kemunculan semula kiriman SMS yang memancing data, yang didakwa dihantar oleh DBS atau POSB.

Anggaran Waktu Membaca:
DBS & Polis beri amaran tentang SMS yang curi data dan wang mangsa

Contoh kiriman SMS yang diterima oleh para mangsa. (Gambar: DBS Bank)

Diterbitkan : 22 Nov 2018 10:25PM Dikemas Kini : 22 Nov 2018 10:28PM

SINGAPURA: Polis dan DBS Bank memberi amaran hari ini (22 Nov) mengenai kemunculan semula kiriman SMS yang memancing data, yang didakwa dihantar oleh DBS atau POSB.

Sepanjang dua bulan lalu, lebih 50 orang dilaporkan menjadi mangsa kes penipuan itu, menurut polis dan DBS Bank dalam satu kenyataan media secara bersama.

Kiriman SMS berkenaan yang kelihatan seolah-olah dihantar oleh bank tersebut, memberitahu para mangsa bahawa kegiatan mencurigakan dikesan dalam akaun-akaun mereka.

Para mangsa yang melungsuri laman yang diberikan dalam kiriman SMS itu, kemudian dibawa ke lelaman palsu, di mana mereka diperdaya untuk menyerahkan maklumat perbankan internet mereka.

Mangsa-mangsa kemudian mendapati bahawa penerima baru disenaraikan dalam akaun bank mereka, dan urus niaga dilakukan tanpa kebenaran.

Contoh lelaman palsu itu memiliki URL seperti:
dbs.account-access.info,
dbs-account.com,
posb.detailsverification.com dan
posb-online.com.

Lelaman sebenar bank-bank tersebut adalah:
www.dbs.com.sg dan www.posb.com.sg.

Pihak berkuasa menasihati para pelanggan bank supaya sentiasa menaip penuh alamat laman bank-bank atau menggunakan permohonan perbankan mudah alih rasmi bagi memastikan mereka menggunakan khidmat-khidmat benar dan sah.

DUIT MANGSA DIPERCAYAI DISALURKAN KE DALAM BITCOIN

Wang yang dipindahkan dari akaun-akaun bank para mangsa kemudian dimasukkan ke dalam Mesin Pengeluaran Wang Automatik (ATM) Bitcoin, menurut polis.

Bagi melakukan demikian, para penipu dipercayai mendapat bantuan dengan memuat naik iklan pekerjaan palsu di leleman seperti Gumtree.

Para mangsa yang mendapat pekerjaan kemudian diminta menyerahkan maklumat peribadi mereka, termasuk butiran akaun bank masing-masing.

"Sebagai sebahagian daripada tugas mereka, mangsa-mangsa diarahkan supaya mengeluarkan wang, yang dipindahkan dari akaun syarikat itu ke dalam akaun bank mereka, dan kemudian memasukkan wang tersebut ke dalam ATM Bitcoin," menurut kenyataan tersebut.

Selain itu, si penipu juga dipercayai berhubungan dengan para pengguna platform permainan online dan sosial, dan kemudian meminta mereka supaya membantu membeli Bitcoin bagi mendapatkan komisyen.

Polis mengingatkan orang ramai supaya berwaspada mengenai permohonan untuk menerima atau memindahkan wang kerana perbuatan tersebut boleh memudahkan pengubahan wang haram.

"Jika anda menerima atau ditanya supaya menerima dana dari sumber-sumber yang tidak diketahui atau mencurigakan, sila membuat aduan polis dengan segera dan jangan menggunakan dana tersebut," menurut DBS Bank dan polis.  

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan