Skip to main content

Iklan

Iklan

Komentar

ULASAN: Tradisi berfikir dalam sistem pendidikan agama boleh disegarkan lagi

Apakah modul pendidikan agama yang berkesan dalam mempersiapkan asatizah dengan cabaran semasa? Perlukah kita menilai kembali cara berfikir yang diajarkan di institusi pendidikan Islam itu sendiri?

Anggaran Waktu Membaca:
ULASAN: Tradisi berfikir dalam sistem pendidikan agama boleh disegarkan lagi

Kampus Universiti Al-Azhar dan Masjid Al-Azhar. (Gambar-gambar: Abdullah Ahmad)

Sekitar buku:

Dr Yaacob melihat bagaimana iBook dimanfaatkan para pelajar. (Gambar: Madrasah Aljunied Al-Islamiah)

PENDIDIKAN ISLAM
Bagi Azhar, daya intelektual Islam yang lebih ampuh dalam membicarakan tentang persoalan berkaitan agama akan hanya menjadi aktif apabila golongan tersebut mengetahui tanggungjawab mereka sebagai pembicara yang mampu membawa pencerahan baru dalam menyelesaikan masalah moden.

Intelektual Islam yang organik ini menurutnya hanya dapat dicapai apabila golongan itu mengetahui untuk mengaitkan realiti kehidupan dengan masalah yang diajukan kepada mereka.

Ini tentu sekali memerlukan kemampuan untuk berfikir secara sosiologikal (mengetahui tentang perihal dan keberadaan masyarakat) di samping mengetahui untuk menggandingkan ilmu tersebut dalam konteks setempat.

Misalnya, cabaran-cabaran besar dalam kehidupan masyarakat majmuk perlu diketahui dengan mendalam agar dapat ditemui kaitannya dalam wacana agama.

Teks Islam yang dipelajari menurut Azhar lagi bukan hanya perlu dijadikan gandingan dan sandaran, malah perlu untuk ditafsir-ulang disesuaikan dengan kondisi masa kini.

Lantaran itu, untuk memahami cabaran masyarakat majmuk dengan lebih baik lagi, ilmu pengetahuan tentang sains kemasyarakatan tidak boleh dipandang sepi dan terasing oleh golongan tersebut lebihan lagi apabila masalah yang diutarakan itu bertindan.

PENGHUJAHAN ALTERNATIF
Dalam bukunya itu Azhar menekankan tradisi itu bukan sesuatu yang statik, malah boleh diubahsuai mengikut keperluan semasa.

Oleh itu dalam menghuraikan cabaran semasa, golongan pemimpin tersebut perlu juga berupaya memberikan penghujahan alternatif dan bukan memberikan penjelasan yang sama apabila diajukan persoalan mendesak: Contohnya, penghujahan dan ‘reasoning’ yang ampuh berkaitan dengan ideologi radikal, demokrasi, hak asasi manusia dan sebagainya.

Menurutnya, penghujahan alternatif itu bertolak daripada pendekatan rasional namun pada yang sama turut bersifat reformis:


Keilmuan para ulama ertinya dapat membasmi gejala ‘Islam Pamphlet’ yang memperlekehkan tradisi intelektual Islam, digantikan dengan retorika yang rapuh isi dan semangat Islamnya. Sebaliknya ulama harus meletakkan standard yang tinggi sewaktu membicarakan persoalan agama, atau apa jua hal bersangkutan masyarakat dan agama, tanpa pula menjadi elitis.


Para pelajar Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah. (Gambar fail: BERITAMediaCorp)
Sumber : BERITA Mediacorp/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan