Skip to main content

Iklan

Iklan

Komentar

KOMENTAR: Penerbitan buku banyak cabarannya, namun peranan penerbit tetap penting

Dalam era digital seseorang penulis boleh menerbitkan dengan mudah karya-karya mereka tanpa syarikat penerbitan. Namun, penerbit buku Pustaka Nasional Syed Ali Semait berhujah bahawa peranan syarkat penerbitan tetap penting terutama bagi penulis-penulis baru.  

Anggaran Waktu Membaca:
KOMENTAR: Penerbitan buku banyak cabarannya, namun peranan penerbit tetap penting

Jati Lestari oleh Manaf Hamzah. (Gambar-gambar: BERITAMediacorp)

BERITAmediacorp: Dalam era digital seseorang penulis boleh menerbitkan dengan mudah karya-karya mereka tanpa syarikat penerbitan. Namun, penerbit buku Pustaka Nasional Syed Ali Semait berhujah bahawa peranan syarkat penerbitan tetap penting terutama bagi penulis-penulis baru.

Di era revolusi digital terkini, penulisan bahan bacaan tidak lagi terikat pada kertas sahaja. Sesiapa sahaja boleh menulis dan menyebarkan bahan karya mereka sendiri.

Penulisan dan penyebaran ilmu sudah mula didapatkan secara percuma melalui wadah sesawang blog, Facebook, watt pad dan berbagai aplikasi yang tersedia kepada penulis.

(Gambar: REUTERS/Regis Duvignau/Files)

Adakah dengan ini ia bermakna penulis yang ingin menerbitkan karya mereka tidak memerlukan penerbit buku lagi?

Penerbitan buku adalah sebuah industri di mana terlibat pengusaha yang mencari bahan bacaan untuk diterbitkan dalam format buku dan dipromosikan dan dijual kepada masyarakat umum.

Sebahagaian keuntungan yang diperoleh daripada penjualan buku akan disalurkan kepada pemberian royalti untuk para penulis.

Jika karya mendapat sambutan hangat daripada masyarakat maka royalti kepada penulis itu menjadi lumayan sehingga ada penulis terkenal seperti J.K. Rowlings menjadi jutawan.

Maka muncul segelintir penulis yang ingin mengaup keuntungan tersebut dan menerbitkan karya mereka sendiri tanpa menerusi syarikat penerbitan.

PROSES PENERBITAN

Tuhfat An Nafis di Pameran Melayu-Bugis, Taman Warisan Melayu 

Adakah proses penerbitan itu sudah menjadi mudah di era digital dan sesiapa sahaja boleh melakukannya?

Tugas syarikat penerbitan merangkumi beberapa proses sebelum sebuah manuskrip (karya asal penulis) menjadi sebuah buku dicetak.

Rangkaian proses ini masih kurang difahami oleh segelintir masyarakat. Sebuah manuskrip tidak serta-merta dicetak dan dijual.

Proses ini kurang difahami dan ada penulis yang hanya mengharapkan karya mereka dicetak dan dijual.

Proses pertama adalah menilai kesesuaian sebuah karya untuk diterbitkan dari segi potensi penjualan dan mendatangkan faedah kepada pembaca sasaran.

Setelah memutuskan untuk menerbitkan manuskrip, proses kedua ialah menilai sesebuah karya dari segi bahasa, jalan cerita, fakta, keaslian.

PERANAN PENERBIT

Perlu juga ditentukan maklumatnya cukup atau kurang dan membantu penulis untuk memperbaiki karya mereka dengan penyunting yang bertauliah dan berpengalaman dalam genre penulisan tersebut.

Proses ini mungkin akan mengambil masa yang agak lama sekiranya perlu banyak pembaikan.

Proses ketiga ialah penambahan nilai estetika dalam format buku seperti lukisan, reka letak, rujukan, kertas yang dipilih, desain kulit dan saiz buku yang sesuai mengikut citarasa pembaca terkini.

Proses keempat adalah proses percetakan buku. Proses kelima adalah pemasaran buku yang dicetak melalui media massa, media sosial atau pelancaran yang dibuat termasuk penjualan buku di kedai buku atau kedai dalam talian di dalam atau luar negara.

Proses terakhir adalah pemberian pulangan royalti kepada penulis apabila karya mereka terjual.

CABARAN MENERBIT SENDIRI

(Gambar: Syed Ali Semait)

Maka penulis yang mahu karya mereka tersedia dengan cepat cuba menerbitkan karya mereka sendiri tanpa perantaraan penerbit.

Mereka mengatur dan reka letak dan desain buku mereka dan memberi wang kepada pencetak untuk mendapatkan karya mereka dibukukan dan menjualnya sendiri kepada peminat mereka.

Ada penulis boleh berbuat demikian dengan baik dan ada yang tidak berjaya. Ada yang menghadapi cabaran dari menjual kepada kedai-kedai buku.

Antaranya mereka tidak tahu cara membuat promosi, meningkatkan mutu estetika buku yang dicetak, tidak tahu menarik perhatian pembaca dan masalah terpaksa menyimpan stok buku di rumah masing-masing.

Tugas sedemikian adalah tanggungjawab syarikat penerbit. Oleh itu para penulis elok mendapat nasihat daripada syarikat penerbit sebelum menerbitkan karya mereka sendiri.

PENULIS BARU

Penerbit juga memainkan peranan yang mustahak dalam kesusasteraan bahasa terutama bagi seseorang penulis baru.

Dalam proses menilai manuskrip seseorang penulis, penyuntingan yang baik boleh mencungkil karya tersebut dan meningkatkan mutunya ke tahap yang lebih tinggi lagi.

Menerusi perdagangan hak cipta pula pihak penerbit boleh membawa karya tempatan ke tahap antarabangsa.

Ia juga boleh meluaskan karya bercetak ke format yang lain seperti audio, e-buku, pentas, televisyen, wayang gambar dan animasi.

Penulis ada pilihan dan wajar mengetahui proses penerbitan supaya karya yang dihasilkan boleh dipertingkatkan dengan baik untuk pembaca.

Mengenai Penulis:

Syed Ali Semait adalah pengarah urusan Pustaka Nasional dan ketua penyelaras Pesta Buku Melayu Singapura 2019.

Sumber : BERITA Mediacorp/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan