Skip to main content

Iklan

Iklan

Komentar

KOMENTAR: Kes keganasan keluarga mungkin berkurangan tapi dapatkah ia dihapuskan sama sekali?

Keganasan rumahtangga merupakan masalah sosial yang boleh mengakibatkan pelbagai masalah lain kepada sesebuah keluarga dan masyarakat. Walaupun jumlah kes nampaknya semakin menurun, usaha-usaha haruslah diambil supaya masalah ini dapat dihapuskan sama sekali sehingga ke paras ‘sifar’. 

Anggaran Waktu Membaca:
KOMENTAR: Kes keganasan keluarga mungkin berkurangan tapi dapatkah ia dihapuskan sama sekali?

(Gambar hiasan: Ngau Kai Yan)

BERITAmediacorp: Keganasan rumahtangga merupakan masalah sosial yang boleh mengakibatkan pelbagai masalah lain kepada sesebuah keluarga dan masyarakat. Walaupun jumlah kes nampaknya semakin menurun, peguam Abdul Rohim Sarip berhujah bahawa usaha-usaha haruslah diambil supaya masalah ini dapat dihapuskan sama sekali sehingga ke paras ‘sifar’ keganasan keluarga.

Peguam dan Presiden Rumah Tumpangan Wanita Casa Raudha, Abdul Rohim Sarip. (Petikan gambar dari laman Casa Raudha)

Peguam dan Presiden Rumah Tumpangan Wanita Casa Raudha, Abdul Rohim Sarip.

Rumah Tumpangan Wanita Casa Raudha ditubuhkan khusus untuk memberi tempat perlindungan kepada wanita yang menjadi mangsa keganasan keluarga.

Usaha ini disokong kuat masyarakat dan pemerintah. Pada tahun kesepuluh tertubuhnya Casa Raudha, kita telah menambah khidmat supaya ia lebih menyeluruh dan merangkumi semua aspek membasmi keganasan keluarga.

Casa Raudha mengambil pendekatan tiga serampang dalam menangani masalah keganasan domestik dan keluarga yang berantakan menerusi program pencegahan, perlindungan dan pemulihan.

Kita sedia maklum tentang masalah sosial yang timbul akibat keganasan keluarga. Kita perlu memecahkan lingkaran keganasan supaya ia tidak seterusnya berlarutan dari satu generasi ke generasi yang lain.

Menurut statistik, dianggarkan satu daripada setiap tiga wanita pernah mengalami keganasan keluarga atau keganasan domestik.

Keganasan keluarga juga merupakan punca banyak rumahtangga runtuh. Menurut statistik dari ROMM, pada tahun 2007, satu daripada setiap tiga perceraian disebabkan oleh keganasan rumahtangga.

BERTAMBAH BAIK

Gambar fail. 

Gambar fail. 

Namun keadaan sekarang bertambah baik. Pada 2017, 8.6 peratus perceraian disebabkan kegananan dan penderaan. Ini satu perkembangan yang baik dan kita harus kuatkan usaha untuk menangani gejala ini.

Kita semua sedia maklum yang banyak gejala sosial disebabkan oleh keluarga yang tidak berfungsi secara sempurna dan keluarga runtuh.

Jadi, masyarakat perlu menggembleng tenaga untuk mengelak dan menghentikan keganasan di dalam rumahtangga dan juga keluarga.

Jika kita dapat kurangkan keganasan tersebut dengan sendirinya, banyak masalah masyarakat dapat diatasi. Yang penting, kita pecahkan corak/lingkaran keganasan dengan tidak memberi toleransi langsung atau “zero tolerance” terhadap keganasan.

PUNCA KEGANASAN

Apakah keganasan keluarga?

Keganasan keluarga berlaku apabila seseorang dengan sengaja meletakkan, atau cuba meletakkan, ahli keluarga dalam keadaan takut dicederakan.

  • Menyebabkan kecederaan pada ahli keluarga dengan perbuatan yang diketahui atau sepatutnya diketahui akan menyebabkan kecederaan
  • Mengurung atau menahan ahli keluarga
  • Terus-menerus melakukan gangguan dengan niat untuk menyebabkan atau mengetahui bahawa ia mungkin menyebabkan penderitaan pada ahli keluarga.

PIAGAM WANITA 

Keganasan keluarga tidak bermakna perbuataan fizikal sahaja. Ia juga merangkumi perbuataan secara mental dan psikologi atau gangguan berterusan (harrasssment).

Misalnya kalau pelaku menghantar sms secara kerap sehingga beratus-ratus sms, ia boleh dianggap sebagai keganasan keluarga.

Gambar hiasan. 

Gambar hiasan. 

Jadi Perintah Perlindungan Peribadi (PPO) memanglah bertujuan untuk menjaga keselamatan dan keamanan sesebuah keluarga.

Ia juga penting untuk memberi amaran dan kesedaran kepada pelaku tentang akibat melanggar PPO. Hukuman berat akan dikenakan jika keganasan berlaku lagi.

PERLINDUNGAN PERIBADI 

Setiap orang boleh memohon PPO terhadap ahli keluarga yang berkaitan dengan anda dalam salah satu cara berikut:

  • Pasangan atau bekas pasangan;
  • Anak, termasuk anak angkat atau anak tiri;
  • Ibu bapa;
  • Anak-anak;
  • Mana-mana saudara lain yang boleh dianggap sebagai ahli keluarga anda

Antara sebab-sebab keganasan adalah sikap panas baran, tekanan hidup, ketagihan dadah, perselisihan faham dan masalah kewangan, pasangan yang kahwin muda, pasangan yang kuat cemburu, dan kes campur tangan mertua.

Keganasan tidak mengenal jantina. Kaum Adam juga boleh membuat aduan untuk mendapatkan PPO. Hampir satu perempat pemohon terdiri daripada kaum lelaki.

PERINTAH SERIUS 

Tidak semua aduan PPO akan diberikan perintah mahkamah. PPO adalah satu perintah yang serius yang boleh menjejas nama baik serta kerjaya pelaku keganasan. Mahkamah akan teleiti semua bukti.

(Gambar fail: Jeremy Long)

Antaranya adalah - adakah keganasan itu berlaku sekali sahaja, adakah pasangan masih tinggal bersama. Kalau tidak mungkin keganasan tidak akan berlaku lagi.

Jadi apabila ada bukti yang terang dan nyata, barulah PPO akan dikeluarkan.

Pada tahun 2016, 873 kes penderaan kanak-kanak dilaporkan oleh Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF). Ini hampir 60 peratus lebih tinggi daripada 551 kes pada tahun 2015.

Keganasan keluarga antara suami isteri dan penderaan kanak-kanak masih di tahap yang membimbangkan dan perlu ditangani dengan berkesan.

KEGANANASAN SIFAR

Perangkaan rasmi menunjukkan satu perkara yang menggalakkan, iatu kadar keganasan nampak menurun setiap tahun. Tetapi masih banyak perlu dilakukan sebelum kita mecapai matlamat kita.

Gambar hiasan. (Gambar: John Macdougall/AFP)

Gambar hiasan.

Untuk mencapai paras sifar bagi keganasan rumahtangga, kita juga harus mempunyai sikap SIFAR toleransi (zero tolerance) terhadap keganasan rumahtangga.

Apakah makna toleransi sifar? Ia bermakna kita tidak dapat menerima tingkah laku anti-sosial tersebut yang biasanya dicapai dengan melaksanakan undang-undang yang ketat dan tiada kompromi dengan memberikan hukuman yang setimpal terhadap pelaku.

Saya telah terlibat dalam bidang guaman selama hampir 30 tahun. Salah satu kes pertama yang saya pernah tangani adalah kes keganasan rumahtangga.

Amat menyedihkan sehingga hari ini saya masih menangani kes-kes seperti ini. Walau bagaimanapun, permohonan untuk Perintah Perlindungan Peribadi (PPO) semakin merosot, seperti menurut perangkaan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga.

Kita masih mempunyai jarak masa yang agak jauh, akan tetapi melalui kesedaran, pendidikan sifar toleransi, angka ini akan berkurangan.

LINGKARAN KEGANASAN

Semua pihak, dari keluarga, NGO dan pemerintah harulsah bersama-sama dengan tujuan yang sama iaitu bekerja ke arah keganasan sifar rumahtangga dan memecahkan lingkaran keganasan.

Ini penting kerana kesan-kesan memudaratkan keganasan rumahtangga sering melibatkan kanak-kanak kecil dan remaja dalam keluarga.

Ia membawa kesan kepada emosi dan psikologi yang boleh berlanjutan sehingga dewasa. Ia adalah satu trend yang sangat membimbangkan.

Kesan-kesan bahaya keganasan boleh dinyatakan dalam pelbagai tingkah laku yang meletakkan individu-individu ini berisiko melakukan penganiayaan pada masa hadapan dan/atau meningkatkan kemungkinan mereka menjadi pelaku.

LANGKAH PENTING

Dalam erti kata lebih luas, isu-isu keluarga dan sosial, kesan ke atas generasi yang melakukan keganasan adalah langkah yang penting untuk mencapai keganasan sifar rumahtangga.

Antara para peserta sidang 'Target Zero Domestik Violence' anjuran bersama CRL dan Rumah Wanita Casa Raudha. (Gambar: BERITAMediacorp)

Gambar fail sidang 'Target Zero Domestik Violence' anjuran bersama CRL dan Rumah Wanita Casa Raudha. (Gambar: BERITAMediacorp)

Matlamat pencegahan dan pemulihan adalah selaras dengan pendekatan Rumah Tumpangan Wanita Casa Raudha dalam membanteras masalah keganasan rumahtangga.

Kami sentiasa berusaha untuk memperkasakan wanita ini melalui program-program, memulakan projek-projek yang membantu untuk meningkatkan rasa nilai diri mangsa dan melengkapkan mereka dengan kemahiran.

Ia agar mereka dapat memperkasa diri dan membina semula kehidupan serta bergerak maju ke hadapan.

Saya harap dengan adanya program pencegahan perlindungan dan pemulihan Casa Raudah, kita dapat mengurangkan kadar keganasan ke paras yang lebih rendah lagi sehingga matlamat tiada keganasan (zero violence) tercapai.

Peguam dan Presiden Rumah Tumpangan Wanita Casa Raudha, Abdul Rohim Sarip. (Gambar: Facebook)

MENGENAI PENULIS:
Penulis adalah seorang peguam dan presiden Rumah Tumpangan Wanita Casa Raudha. 

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan