Skip to main content

Iklan

Iklan

Komentar

KOMENTAR: Gagasan ‘Islam sebagai cara hidup’ - apa sebenarnya yang dimaksudkan

Ia merupakan gagasan yang kerap kedengaran hari ini; namun jika tiada perbincangan yang jelas mengenainya ia boleh menimbulkan lebih banyak kekaburan daripada pencerahan.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar fail Anggota Parlimen, Muhamad Faisal Manap. 

(Gambar fail AP Aljunied Faisal Manap)

Ini kerana menurut pandangannya "Islam merangkumi semua aspek kehidupan termasuk politik dan cara politik diamalkan." 

Pandangan tersebut menimbulkan rasa khuatir di kalangan sesetengah pihak tentang kemungkinan agama boleh digunakan untuk mendapatkan sokongan politik.

Selain kebimbangan sedemikian, persoalan pokoknya adalah apakah yang dimaksudkan dengan Islam sebagai suatu cara hidup? Dan adakah benar bahawa Islam dan politik tidak boleh dipisahkan?

‘CARA HIDUP’

Gagasan bahawa Islam adalah satu cara hidup seringkali didengar di kelas-kelas agama mahu pun semasa ceramah-ceramah di masjid dan di ruang online.

Namun maksud di sebalik gagasan tersebut tidak jelas – adakah cara kehidupan ini berlandaskan nilai dan moral? Ataupun ia merangkumi sistem kehidupan, termasuk sistem politik?

Adalah penting bagi masyarakat Islam memperjelaskan apakah yang dimaksudkan dengan ‘suatu cara hidup’ kerana jika tidak, akan terdapat kekeliruan dengan idea mengenainya bercanggahan antara satu sama yang lain.

Mentelah lagi jika kekaburan ini menjejas cara kehidupan warga Muslim di Singapura.

Seorang sarjana Islam Khaled Abou el Fadl dalam bukunya, Reasoning with God, Reclaiming Shariah in the Modern Age turut berpendapat sedemikian.

Beliau menulis bahawa konsep “Islam sebagai suatu cara hidup" adalah terlalu kabur dan tidak jelas. Dan ini akan membawa kepada dua situasi yang berbeza.

Pertama, gagasan seperti itu memberikan ruang kepada pemahaman Islam yang lebih menyeluruh yang berteraskan nilai dan etika agama Islam.

Ini akan membuatkan Islam sebagai satu agama yang mudah, bersifat inklusif dan sesuai dengan apa jua keadaan kehidupan.

Dalam hal ini tumpuan kepada Islam adalah dari segi dalaman atau inti ajarannya dan bukan hanya kepada ritual dan amalan agama sahaja.

Situasi kedua pula adalah gagasan Islam sebagai satu jalan kehidupan yang bererti bahawa terdapat struktur, sistem dan ritual yang dikaitkan dengan Islam yang tidak boleh dipisahkan dengan kehidupan.

Ini boleh mengakibatkan Islam itu sendiri dilihat sebagai satu agama yang bersifat totalitarian dan autoritatif terutama di kalangan mereka yang melihat Islam dari sudut legalistik sahaja.

Para pelajar Muslim di Thailand (Gambar: AFP/Mahdaree Tohlala)

PEMAHAMAN SEMPIT

Apabila kita mengatakan bahawa Islam dan politik tidak boleh dipisahkan kerana Islam itu satu cara hidup, kita seakan-akan menginterpretasi Islam sebagai cara hidup dengan menggunakan makna kedua - iaitu Islam yang bersifat eksklusif dengan pemahaman yang agak sempit dan hanya tertumpu kepada luaran sahaja.

Pendekatan ini menimbulkan beberapa masalah seperti ketidakserasian dengan kehidupan majmuk di Singapura yang mengamalkan sistem politik demokrasi dan sekularisme.

Pegangan terhadap pandangan yang eksklusif ini memberikan satu gambaran bahawa masyarakat Islam tidak dapat hidup dengan selesa di Singapura.

Walhal, terdapat banyak kelonggaran yang diberikan kepada masyarakat Islam dengan membolehkannya hidup dalam keadaan yang selesa dengan haknya terpelihara.

Malah, bukan untuk masyarakat Islam sahaja tetapi bagi semua yang beragama atau pun yang tidak beragama.

Nazeera Mohamed, docent Pusat Harmoni memberi penerangan ringkas kepada para wakil kumpulan-kumpulan baru Singapura mengenai Islam di Asia Tenggara. (Gambar: MUIS)


 Dr Chandra Muzaffar. (Gambar: Zulfadhli Zaki/Sunpix)
30 pemimpin dan wakil kanan agama berhimpun dalam satu majlis jamuan teh di Masjid An-Nahdhah pada Isnin (1 Jul). (Gambar: Pusat Harmoni)
Sumber : BERITA Mediacorp/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan