Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

CFC (NS) Aloysius Pang meninggal dunia selepas cedera parah akibat kemalangan dalam latihan SAF

Pelakon Aloysius Pang meninggal dunia selepas cedera parah semasa menyertai latihan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) di New Zealand, menurut kenyataan media Kementerian Pertahanan (MINDEF) pada Rabu malam (23 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
CFC (NS) Aloysius Pang meninggal dunia selepas cedera parah akibat kemalangan dalam latihan SAF

Gambar fail Aloysius Pang (Gambar: Facebook/Aloysius 冯伟衷)

Diterbitkan : 23 Jan 2019 11:57PM Dikemas Kini : 24 Jan 2019 12:02AM

SINGAPURA: Pelakon Aloysius Pang meninggal dunia selepas cedera parah semasa menyertai latihan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) di New Zealand, menurut kenyataan media Kementerian Pertahanan (MINDEF) pada Rabu malam (23 Jan).

Korporal Kelas Pertama (Kerahan) Pang Wei Chong, Aloysius meninggal dunia pada 8.45 malam (waktu Singapura) pada 23 Januari 2019 di Hospital Waikato, New Zealand.

Ketika kejadian, Teknisyen Persenjataan daripada Batalion ke-268 Artileri Singapura, CFC (NS) Pang sedang menjalankan kerja-kerja pembaikan pada meriam Howitzer dengan dua kakitangan SAF yang lain pada 19 Januari di kawasan latihan Waiouru, New Zealand.

Malangnya, CFC (NS) Pang mengalami kecederaan apabila lubang laras meriam berkenaan diturunkan. Mendiang dikejarkan ke Hospital Waikato, sebuah pusat trauma serantau di mana beliau menjalani beberapa pembedahan untuk merawat kecederaannya.

Dr Teo Li Tserng, Ketua Jabatan Trauma dan Pembedahan Jagaan Akut di Hospital Tan Tock Seng, diterbangkan ke New Zealand untuk membantu pasukan perubatan tempatan merawat CFC (NS) Pang.

Meskipun melakukan beberapa percubaan pembedahan bagi memulihkan organ-organ yang rosak dan meletakkan beliau di bawah sistem sokongan hidup, CFC (NS) Pang meninggal dunia akibat kecederaan-kecederaan yang dialaminya.

Sebuah Jawatankuasa Siasatan (COI) bebas akan ditubuhkan untuk menyiasat punca insiden tersebut. Satu sidang media akan diadakan esok (24 Jan) bagi membentangkan dapatan awal dan sidang itu akan dipengerusikan oleh Panglima Pasukan Pertahanan.

SAF akan menguruskan jenazah mendiang CFC (NS) Pang untuk dibawa pulang ke Singapura.

MINDEF dan SAF menyampaikan takziah yang mendalam kepada keluarga mendiang CFC (NS) Pang dan akan terus menghulurkan bantuan dan sokongan dalam masa-masa yang sukar ini.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan