MX GLOBAL DENMARK: Bahagia Ala Denmark (Bahagian 2)
VIDEO HARUS DITONTON
SGKini | 15 April 2024
- Dalam satu pengumuman besar perkembangan politik Singapura, Perdana Menteri Lee Hsien Loong mendedahkan beliau akan melepaskan jawatannya pada 15 Mei ini, dan pada hari yang sama, Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong akan mengangkat sumpah jawatan selaku Perdana Menteri baharu Singapura. - Mengulas lebih lanjut pengumuman beliau itu menerusi wadah-wadah media sosial, PM Lee menyatakan "bagi sebarang negara, peralihan kepimpinan adalah suatu peristiwa besar". - Sementara itu dalam ulasannya pula, DPM Wong berikrar akan memberikan segala-galanya demi menjalankan tanggungjawab baharunya ini, serta memberi segenap tenaga beliau demi berkhidmat untuk negara dan rakyat. - Perjalanan DPM Wong ambil alih sebagai Perdana Menteri ke-4 SG - Dalam reaksi mereka terhadap langkah Perdana Menteri Lee Hsien Loong melepaskan jawatannya bulan depan, setelah 20 tahun menjadi Perdana Menteri, ramai Anggota Parlimen menjunjung budi dan mengucapkan terima kasih kepada beliau. - Sesetengah pakar politik percaya, rakyat Singapura mungkin keluar mengundi bagi pilihan raya seawal bulan September. - Sementara itu, Perdana Menteri New Zealand Christopher Luxon yang kini dalam rangka lawatan tiga hari ke Singapura turut mengucapkan terima kasih kepada PM Lee atas perkhidmatannya selama bertahun-tahun. - Singapura dan New Zealand sedang berbincang untuk meningkatkan Kerjasama Dipertingkat sedang kedua-dua negara meraikan ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik tahun depan.