DETIK 2016

Images

DETIK Episod 4

Dengan penduduk Singapura berusia 65 tahun ke atas bakal melebihi 900,000 pada 2030, kes-kes penderaan, pengabaian dan pengabaian diri sendiri di kalangan warga tua dijangka akan meningkat.

Untuk melindungi kebajikan warga emas dan mereka yang kurang upaya, pemerintah akan memperkenalkan Rang Undang-Undang Warga Rentan tidak lama lagi. Detik meninjau tindakan yang boleh diambil untuk melindungi golongan tersebut melalui rang undang-undang baru itu.

Usaha untuk menyingkirkan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak dan kemelut politik Malaysia, khususnya di kalangan pemimpin Melayu, dengan kemunculan Parti Pribumi Bersatu Malaysia turut disorot.

Simbang Siber pula menyingkap kejayaan Jospeh Schooling untuk mengharumkan nama negara dengan meraih pingat emas pertama Singapura di Sukan Olimpik Rio. 

Top