DETIK 2016

Images

DETIK Episod 2

Gerakan SG Secure merupakan usaha terkini pihak Pemerintah untuk mendidik dan meningkatkan tahap kesediaan warga Singapura dalam menghadapi serangan pengganas.

DETIK menyorot usaha SG Secure melalui wawancara dengan Setiausaha Parlimen Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA), Amrin Amin serta meninjau usaha pelbagai agensi yang terlibat termasuk Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), Pasukan Polis Singapura (SPF), Persatuan Rakyat (PA), pihak sekolah dan orang ramai.

DETIK turut memaparkan wawancara khas dengan Menteri Perhubungan dan Penerangan & Menteri Ehwal Masyarakat Islam tentang ucapan khas Hari Raya yang disampaikan sewaktu Perjumpaan Hari Raya Bersama Pemimpin Masyarakat di mana beliau telah menggariskan inisiatif-inisiatif baru bagi masyarakat Melayu/Islam.

Percubaan untuk merampas kuasa oleh pihak tentera di Turki turut disingkap dalam Sembang Siber. 

Top