Belanjawan 2016

Images
  • komputer kod
    Gambar fail seorang lelaki sedang melihat kod komputer. (Gambar: AFP/Joe Raedle)

Dr Yaacob: Akta Keselamatan Siber baru bakal diusulkan pada tahun depan

SINGAPURA: Akta Keselamatan Siber yang baru akan dibentangkan di Parlimen pada tahun depan.

Demikian menurut Menteri Perhubungan dan Penerangan Yaacob Ibrahim hari ini (11 April).

Semasa membahaskan peruntukan belanjawan bagi kementeriannya, Dr Yaacob berkata Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) akan menyemak dasar dan rangka kerja undang-undang bagi keselamatan siber dan ini penting, sedang Singapura bergerak ke arah merealisasikan visi Negara Bijak.

"Rang undang-undang itu akan memastikan para pengendali mengambil langkah-langkah yang proaktif bagi melindungi prasarana maklumat kritika. Ia juga akan memperkasa Agensi Keselamatan Siber (CSA) untuk mengendalikan insiden siber dan meningkatkan piawai penyedia keselamatan siber di Singapura," tegas Dr Yaacob.

Beliau menambah Akta Penyalahgunaan Komputer dan Akta Keselamatan Siber (CMCA) memberikan kuasa kepada agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang untuk menyiasat dan menangkap para individu atau entiti yang melakukan jenayah siber. Sungguhpun demikian, serangan sedemikian semakin bertambah rumit dan para penyerang juga semakin berani dan tangkas.

BEKERJASAMA DENGAN SME, C-SUITES MENGENAI KESELAMATAN SIBER

Dr Yaacob juga akur bahawa terhadap dua cabaran utama yang dihadapi oleh syarikat-syarikat kecil dan sederhana (SME): iaitu kos dan kesedaran yang rendah.

Bagi menangani masalah itu, pemerintah bekerjasama dengan Persekutuan Perniagaan Singapura untuk melancarkan Kit Keselamatan Siber Pekerja yang membantu syarikat-syarikat meneliti, menilai dan memperbaiki program keselamatan siber mereka.

Dr Yaacob turut mendedahkan bahawa CSA akan terus kerjasama dengan rakan-rakan industri dan persatuan-peratusn untuk menggalak syarikat-syarikat SME supaya mempertingkat keselamatan siber mereka.

Agensi tersebut juga sedang menghasilkan satu program kesedaran bagi mendidik para eksekutif tentang ancaman siber terhadap firma masing-masing.

- CNA/ag

Top