Back Home

Ehwal Semasa

LENSA RAMADAN merupakan edisi khas DETIK sempena Ramadan. Setiap Ramadan, rancangan ini bertujuan untuk mengetengahkan usaha masyarakat yang ingin membina semangat dan menyebarkan mesej kemuliaan Ramadan, tidak kira antara rakan-rakan Muslim mahupun yang bukan Islam.

Salah satu titik tolak dalam sejarah Singapura adalah perdagangan yang menjadi tunggak pembangunannya. Dokumentari dua episod ini menyelongkar bagaimana lokasi strategik Singapura menjadikannya hab perdagangan dengan pelbagai kaum dan budaya.

DETIK ialah rancangan ehwal semasa yang ke udara setiap Rabu, 8.30 malam di SURIA. Rancangan setengah jam ini mengupas isu-isu terkini di dalam mahupun di luar negara.

Singapura dan Malaysia telah lama mempunyai hubungan erat walaupun terdapat pasang dan surutnya. Sejak kerajaan campuran Pakatan Harapan pimpinan Perdana Menteri Mahathir Mohamed berkuasa pada Mei 2018, beberapa isu dua hala telah timbul. Dokumentari khas ini meninjau kesan perselisihan sempadan maritim, kawalan ruang udara dan soal harga air. Kita selidik isu-isu dua hala, bagaimana kedua-dua negara menanganinya dan apa yang dipertaruhkan.

Lebih lima dekad selepas penubuhannya, ASEAN terus bersaing dengan pertubuhan serantau lain dan bergelut dengan kuasa-kuasa dunia. Sempena Sidang Puncak ASEAN 2018 dan Singapura selaku pengerusinya, dokumentari lima episod ini menyelongkar buah fikiran penduduk yang rencam di rantau ini.

CETUSAN mengupas isu-isu berkaitan masyarakat Melayu/Islam Singapura.

Untuk terus kekal berdaya saing, Singapura mempelajari dan menimba pengalaman daripada negara-negara lain. Mengubah suai dan memanfaatkan amalan-amalan terbaik mereka. Singapura juga mengongsi kemahiran dan pengalamannya yang unik dengan seluruh dunia. Sebagai sebuah rancangan, Merentas Global membuat perbandingan dengan negara-negara lain mengenai cara mereka menangani isu-isu serupa yang turut dihadapi Singapura. Antara negara yang diteroka adalah Denmark dan Jerman, Jepun dan Korea Selatan, serta Australia dan New Zealand.

DETIK ialah rancangan ehwal semasa yang ke udara setiap Rabu, 8.30 malam di SURIA. Rancangan setengah jam ini mengupas isu-isu terkini di dalam mahupun di luar negara.

DETIK ialah rancangan ehwal semasa yang ke udara setiap Rabu, 8.30 malam di SURIA. Rancangan setengah jam ini mengupas isu-isu terkini di dalam mahupun di luar negara.

Siri khas dokumentari Melayu SG.

Top