Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

‘Zaman penumpang terkandas’ sudah berlalu, tegas CEO Scoot

Scoot berhasil menampilkan imej yang baru dan manfaat menggunakan pesawat 787 Dreamliner yang baru. 

Anggaran Waktu Membaca:
‘Zaman penumpang terkandas’ sudah berlalu, tegas CEO Scoot

Pesawat A320 pertama Scoot. (Gambar: Scoot)

Diterbitkan : 30 Sep 2017 10:38AM Dikemas Kini : 30 Sep 2017 10:43AM

SINGAPURA: Isu syarikat penerbangan tambang murah membiarkan para penumpangnya terkandas sudah berlalu, kata CEO Scoot Lee Lik Hsin.

Dengan Tigerair digabungkan dan kemudian beroperasi di bawah jenama Scoot pada Julai, Encik Lee menerajui jenama tambang murah Singapore Airlines itu yang beliau berharap akan membuahkan hasil dalam usaha mendampingi lebih ramai penduduk di merata Asia.

Agenda utama Scoot adalah menawarkan produk yang bermutu di mana persaingan di kalangan syarikat penerbangan tambang murah semakin bertambah sengit.

Scoot berhasil menampilkan imej yang baru dan manfaat menggunakan pesawat 787 Dreamliner yang baru.

Ia membantu Scoot mewujudkan reputasi yang bermutu tinggi sejak pesawat berkenaan digunakan buat pertama kalinya pada 2015.

Encik Lee mengatakan perbezaan antara syarikat penerbangan tambang murah dengan khidmat penerbangan penuh tidak begitu ketara seperti yang disangka ramai dan menggunakan khidmat syarikat penerbangan tambang murah tidak semestinya pengalaman penerbangan anda akan terjejas.

Namun Scoot masih lagi sebuah syarikat penerbangan tambang murah yang kecil berbanding AirAsia dan Lion Air.

Encik Lee bagaimanapun berkata bahawa inovasi dan disiplin akan memastikan jenama Scoot akan terus memberikan persaingan yang sengit. 

Sumber : CNA/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan