Images
  • indonesia money
    (Gambar: Bank Indonesia/Merdeka.com)

Wang kertas rupiah ini tidak boleh lagi ditukar berkuat kuasa 31 Disember 2018

INDONESIA: Jika anda masih menyimpan wang-wang kertas Indonesia ini, ambil perhatian. Empat wang kertas rupiah ini tidak boleh ditukar sebulan dari sekarang.

Bank Indonesia (BI) secara rasmi mencabut dan menarik empat mata wang kertas yang pernah dikeluarkan pada tahun 1998 dan 1999. Hal itu sesuai dengan peraturan BI nombor 10/33/PBI/2008.

Ini membuatkan empat wang kertas itu sudah tidak lagi sah digunakan sebagai alat pembayaran sejak 31 Desember 2008. Mulai 31 Desember 2018 pula, sudah tidak boleh ditukar lagi. Berikut ini 4 mata uang kertas berkenaan:

1. RP 10,000 - KELUARAN TAHUN 1998


(Gambar-gambar: Merdeka.com)

Wang Rp 10,000 yang ditarik adalah wang keluaran tahun 1998. Wang kertas ini bergambar pahlawan asal Aceh yakni Cut Nyak Dien. Bahagian belakangnya bergambar danau segara anak yang terletak NTB.

Wang ini terbit pada 23 Januari 1998 dan ditandatangani oleh Gabenor BI saat itu, iaitu J. Soedradjad Djiwandono.

2. RP 20,000 KELUARAN TAHUN 1998


Wang pecahan Rp 20,000 dikeluarkan pada 19 Februari 1998. Dengan gambar pahlawan di bahagian depan, yakni KI Hadjar Dewantara. Di belakangnya pula adalah gambar kegiatan belajar. Wang ini berwarna hijau.

3. RP 50,000 KELUARAN TAHUN 1999


Wang kertas Rp 50,000 keluaran tahun 1999 ini mempunyai gambar pahlawan Wage Rudolf (WR) Soepratman, sedangkan bahagian belakang bergambar pengibaran bendera Indonesia. Wang ini berwarna abu-abu dan hijau.

4. RP 100,000 KELUARAN TAHUN 1999


Wang kertas pecahan Rp 100,000 yang ditarik adalah yang berbahan dari plastik serta diterbitkan pada tanggal 1 November 1999. Wang ini ditandatangani oleh Gabenor dan Timbalan BI saat itu - Syahril Sabirin dan Iwan R. Prawiranata.

Gambar depan wang ini adalah sosok dua pahlawan proklamator kemerdekaan Indonesia iaitu Sukarno dan Mohammad Hatta. Gambar di belakangnya pula adalah gambar gedung MPR dan DPR. Wang ini mempunyai warna kuning, jingga, coklat, merah dan hijau.

5. PENUKARAN BOLEH DILAKUKAN HINGGA 31 DISEMBER 2018

Menukar wang-wang kertas yang dicabut dan ditarik dari peredaran tidak dilakukan setelah 10 tahun tarikh pencabutan. Dalam erti kata lain, jika ia dicabut pada 31 Desember 2008, masyarakat yang masih memiliki wang tersebut masih mempunyai waktu untuk menukarkan wang tersebut sehingga tanggal 31 Desember 2018 sahaja.

- Merdeka.com/DY/aq

Top