Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

UOB lancar khidmat digital bagi permohonan pinjaman rumah

Mereka yang merancang untuk membeli rumah kini boleh membuat permohonan untuk mendapatkan pinjaman bank melalui sistem digital serba lengkap United Overseas Bank (UOB).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 07 Aug 2018 04:17PM Dikemas Kini : 07 Aug 2018 11:04PM

SINGAPURA: Mereka yang merancang untuk membeli rumah kini boleh membuat permohonan untuk mendapatkan pinjaman bank melalui sistem digital serba lengkap United Overseas Bank (UOB).

Sistem baru itu menawarkan khidmat yang menaksir nilai hartanah. Ini merupakan pertama kali sebuah bank di Singapura menawarkan khidmat ini. Melalui sistem ini, para pembeli akan dipadankan dengan pegawai bank melalui khidmat digital GetBanker.

Khidmat itu hasil kerjasama UOB dengan empat agensi hartanah lain, ERA Realty, Huttons Asia, OrangeTee & Tie dan PropNex Realty, serta syarikat online PropTech, SoReal Prop.

Bank itu menyatakan bahawa kemudahan mendapatkan khidmat menaksir nilai hartanah akan membantu ejen dan para pembeli rumah untuk menganggarkan nisbah jumlah pinjaman dengan nilai hartanah. Satu lagi kemudahan yang ditawarkan sistem itu adalah ia akan memudahkan dan mempercepatkan proses yang lazimnya dilakukan secara manual.

"Kami bekerjasama dengan rakan-rakan hartanah kami untuk melakarkan huraian bagi menangani cabaran-cabaran para ejen dan pembeli serta memperkemas proses membeli rumah," kata Cik Jacquelyn Tan, Ketua Khidmat Kewangan Peribadi di UOB Singapore.

"Kami bank pertama yang menawarkan huraian bagi proses pinjaman rumah yang dijalankan sepenuhnya melalui wadah digital dan disesuaikan supaya ia dapat disepadukan dengan aplikasi para agensi hartanah dengan lancar."

Beliau menambah: "Ini sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk membangunkan huraian-huraian kewangan selaras dengan perubahan gaya hidup para pelanggan kami."

Melalui khidmat ini, para ejen dan pembeli rumah boleh memilih jenis pembelian, dari membuat perjanjian sehingga penyerahan dokumen-dokumen bagi pinjaman, yang akan segera menghubungkan mereka dengan seorang pegawai bank secepat mungkin.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan