Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Untung bersih suku kedua UOB naik 28%

UOB catat keuntungan bersih sebanyak S$1.08 bilion bagi tempoh suku kedua

Anggaran Waktu Membaca:
Untung bersih suku kedua UOB naik 28%

(Gambar fail: Nurfarahhin)

Diterbitkan : 03 Aug 2018 10:30AM Dikemas Kini : 03 Aug 2018 10:36AM

SINGAPURA: Bank United Overseas (UOB) mencatat keuntungan bersih sebanyak S$1.08 bilion bagi tempoh suku kedua, meningkat 28 peratus yang melebihi ramalan.

Para penganalisis yang ditinjau Bloomberg menjangkakan keuntungan bersih lebih rendah iaitu S$954 juta.

Prestasi lebih kukuh UOB itu disokong oleh pertumbuhan jumlah pendapatan faedah bersih dan peningkatan pendapatan yuran.

UOB mengumumkan dividen sementara sebanyak S$0.50 bagi setiap saham untuk tempoh suku kedua, lebih tinggi berbanding S$0.35 bagi setiap saham, tahun lalu.

Dengan perangkaan suku kedua itu, jumlah pendapatan bersih UOB mencecah paras rekod S$2.05 bilion bagi tempoh separuh pertama tahun ini iaitu kenaikan 24 peratus berbanding tahun lalu.

Di sebalik prestasi positif itu, ramalan bagi baki tempoh tahun ini kekal tidak menentu.

Menurut UOB, keadaan seperti risiko ketegangan dagangan antara Amerika Syarikat dengan China yang mampu menjejas ekonomi China, serta langkah-langkah yang diumumkan berhubung pasaran hartanah di Singapura baru-baru ini, berupaya memberi impak besar terhadap pertumbuhan UOB pada masa akan datang.

Sumber : CNA/HS/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan