Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Untung bersih SIA lonjak 62% bagi suku ketiga

Syarikat penerbangan Singapore Airlines (SIA) melaporkan hari ini (13 Feb) bahawa untung bersihnya bagi suku ketiga melonjak 62 peratus.

Anggaran Waktu Membaca:
Untung bersih SIA lonjak 62% bagi suku ketiga

(Gambar: Edgar Su/ Reuters).

Diterbitkan : 13 Feb 2018 09:22PM Dikemas Kini : 13 Feb 2018 09:26PM

SINGAPURA: Syarikat penerbangan Singapore Airlines (SIA) melaporkan hari ini (13 Feb) bahawa untung bersihnya bagi suku ketiga melonjak 62 peratus.

Jumlah penumpang dan hasil kargo yang meningkat mengimbangi harga tiket yang merosot dan kos minyak lebih mahal.

SIA meraih S$286 juta (AS$216.29 juta) dalam tempoh tiga bulan hingga 31 Disember iaitu peningkatan dari S$177 juta yang dicatat tahun sebelumnya.

Seperti pesaingnya, Cathay Pacific Airways yang berpangkalan di Hong Kong, SIA juga giat menjalani program perubahan untuk mengurangkan kos dan merangsang pendapatan di tengah-tengah persaingan daripada syarikat penerbangan China dan Timur Tengah serta penerbangan kos rendah.
 

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan