Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Twitter akan wujud seribu tahun lagi: CEO Jack Dorsey

Twitter dianggap sebagai wadah moden di mana para pengguna boleh berkongsi berita terkini dan perkembangan kehidupan mereka dan orang lain

Anggaran Waktu Membaca:
Twitter akan wujud seribu tahun lagi: CEO Jack Dorsey

Gambar fail. (REUTERS/Kacper Pempel)

Diterbitkan : 09 Aug 2018 09:38PM Dikemas Kini : 09 Aug 2018 09:41PM

SAN FRANCISCO: Adakah Twitter akan terus wujud 20 tahun selanjutnya? "Saya fikir ia akan wujud seribu tahun lagi," kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) wadah media sosial gergasi itu, Jack Dorsey.

Jutawan, 41 tahun, itu berkata demikian dalam satu wawancara dengan pihak Mediacorp, di ibu pejabat Twitter.

Tanpa segan silu, Encik Dorsey, yang mengasaskan bersama wadah tersebut pada 2006, melahirkan keyakinan sebab Twitter akan terus wujud lama selepas beliau sudah meninggal dunia.

Ia memandangkan Twitter dianggap sebagai wadah moden di mana para pengguna boleh berkongsi berita terkini dan perkembangan kehidupan mereka dan orang lain. Ia juga adalah wadah pilihan para pemimpin dunia, seperti Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan Perdana Menteri India Narendra Modi untuk berkongsi mesej kepada sesiapa yang mengikuti mereka.

Encik Dorsey menjelaskan: "Pastinya, (Twitter) akan berubah ke format yang berbeza sebab teknologi berubah, tetapi saya rasa ia sudah memenuhi sesuatu yang asas iaitu perbualan."

Setakat suku kedua tahun ini, wadah berkenaan mempunyai sekitar 335 juta pengguna aktif setiap bulan (MAUs) di seluruh dunia. Ia merupakan kenaikan sebanyak tiga peratus berbanding 326 juta pengguna pada tahun lalu. Dalam pada itu, hanya 68 juta adalah pengguna dari Amerika, manakala bakinya, pengguna antarabangsa.

Namun, masih terdapat tanda tanya sama ada wadah itu mampu beroperasi dalam pasaran yang tidak menggunakan bahasa Inggeris dan sama ada ia boleh mengesan serta menangani hal-hal seperti ucapan kebencian (hate speech) dalam konteks tempatan.

Menurut Encik Dorsey, pasukannya memastikan bahawa Twitter kekal boleh diakses oleh semua orang dan terdapat penterjemah bahasa tempatan untuk menangani isu tersebut.

Sumber : CNA/HS/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan