Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Trump keluarkan arahan larang syarikat S'pura Broadcomm ambil alih Qualcomm

Perjanjian industri teknologi paling besar di dunia ternyata tidak menjadi dan sudahpun dibatalkan. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Mar 2018 04:12PM Dikemas Kini : 13 Mar 2018 10:49PM

WASHINGTON: Perjanjian industri teknologi paling besar di dunia ternyata tidak menjadi dan sudahpun dibatalkan.

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengeluarkan arahan bagi melarang syarikat pembuat chip Singapura, Broadcom daripada mengambil alih Qualcomm atas sebab-sebab keselamatan negara.

Syarikat Broadcom bagaimanapun tidak bersetuju bahawa pemerolehan Qualcomm, yang berpangkalan di San Diego, akan menjejas keselamatan negara.

Jawatankuasa Amerika Syarikat bagi Pelaburan Asing menarik perhatian penggabungan Broadcom-Qualcomm boleh melemahkan kedudukan Qualcomm sebagai peneraju bidang itu.

Ini juga mungkin membantu syarikat-syarikat pesaing China seperti syarikat telekomunikasi, Huawei.

Kehadiran China yang lebih kukuh dalam pasaran pengilangan chip dikhuatiri boleh mewujudkan ancaman terhadap keselamatan negara. 

Sumber : Agensi berita/CNA/MM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan