Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Trump kata kadar tarif China besar kemungkinan akan naik

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata pada Isnin (26 Nov) bahawa beliau menjangkakan akan menaikkan kadar tarif punitif terhadap barangan import China bernilai ratusan bilion dolar seperti yang dijadualkan tahun depan.

Anggaran Waktu Membaca:
Trump kata kadar tarif China besar kemungkinan akan naik

(Gambar: Johannes Eisele/AFP)

Diterbitkan : 27 Nov 2018 09:42AM Dikemas Kini : 27 Nov 2018 09:47AM

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata pada Isnin (26 Nov) bahawa beliau menjangkakan akan menaikkan kadar tarif punitif terhadap barangan import China bernilai ratusan bilion dolar seperti yang dijadualkan tahun depan.

Hanya beberapa hari sebelum mesyuarat yang dirancang bersama Presiden China Xi Jinping, Encik Trump berikrar untuk mengenakan tarif terhadap kesemua barangan import China selebihnya jika kedua-dua pihak gagal mencapai perjanjian, menurut The Wall Street Journal.

Encik Trump sudah pun mengenakan tarif ke atas lebih AS$250 bilion (S$344 bilion) barangan China - sekitar separuh daripada import keseluruhan setiap tahun - dalam percubaan untuk meletakkan tekanan ke atas negara itu agar merubah undang-undang perdagangannya.

"Jika kami tidak mencapai perjanjian, saya akan tambah lagi AS$267 bilion (S$367 bilion)," kata Encik Trump kepada akhbar itu, merujuk kepada import-import China selebihnya, yang sejauh ini belum dikenakan tarif.

"Satu-satunya perjanjian adalah China perlu membuka negaranya kepada persaingan dari Amerika Syarikat."

Sekiranya Encik Trump melaksanakan tarif tambahan itu, ia akan termasuk produk-produk Apple yang dihasilkan di China.

Pada September, Washington mengenakan cukai sebanyak 10 peratus terhadap barangan import bernilai AS$200 bilion (S$275 bilion), dalam usaha untuk memaksa Beijing menarik balik amalan perdagangan yang tidak adil seperti pemindahan hak milik intelektual secara paksa dan campur tangan negara yang meluas dalam pasaran.

Cukai-cukai tersebut diramalkan akan dinaikkan kepada 25 peratus pada permulaan tahun depan - sesuatu yang diharap oleh syarikat dan pasaran Amerika Syarikat, dapat dielakkan.

Malah, AS$50 bilion (S$69 bilion) sudah dikenakan tarif punitif sebanyak 25 peratus.

Beijing berharap Washington akan membatalkan rancangan kenaikan tarif itu hasil pertemuan antara Encik Trump dengan Encik Xi minggu ini.  

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan