Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Trump ancam China dengan cukai AS$100 bilion

Presiden Donald Trump berkata semalam (5 Apr) bahawa beliau mengarahkan para pegawai perdagangan Amerika Syarikat supaya menimbangkan tarif tambahan bernilai AS$100 bilion (S$132 bilion) ke atas China, memburukkan lagi hubungan dengan Beijing.

Anggaran Waktu Membaca:
Trump ancam China dengan cukai AS$100 bilion

(Gambar: AFP/MANDEL NGAN, NICOLAS ASFOURI)

Diterbitkan : 06 Apr 2018 08:41AM Dikemas Kini : 06 Apr 2018 12:14PM

WASHINGTON: Presiden Donald Trump berkata semalam (5 Apr) bahawa beliau mengarahkan para pegawai perdagangan Amerika Syarikat supaya menimbangkan tarif tambahan bernilai AS$100 bilion (S$132 bilion) ke atas China, memburukkan lagi hubungan dengan Beijing.

Menurut Encik Trump dalam kenyataannya, tarif tambahan itu sedang dipertimbangkan menyusuli "tindak balas China yang tidak adil" terhadap langkah perdagangan Amerika Syarikat yang mengenakan tarif sebanyak AS$50 bilion (S$66 bilion) ke atas barangan yang diimport dari China.

Dalam kenyataan tersebut, Encik Trump menegaskan bahawa Wakil Perdagangan Amerika Syarikat mendapati bahawa China "sudah berkali-kali mengambil tindakan secara tidak adil untuk memperolehi hak cipta intelektual Amerika."

Pasaran kewangan bergolak selama beberapa hari menyusuli kebimbangan terhadap ketegangan perdagangan yang kian memburuk antara dua ekonomi terbesar dunia itu.

Indeks saham Amerika Syarikat menjunam menyusuli kenyataan terbaru Encik Trump.

Sebelum ini, para pegawai penggubal undang-undang Amerika Syarikat menyuarakan kebimbangan mengenai ancaman terhadap sektor pertanian Amerika Syarikat akibat konflik perdagangan dengan China. 

Sumber : Reuters/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan