Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Tony Fernandes dilantik semula Pengarah Eksekutif, CEO Kumpulan Bersama AirAsia

Pengarah Bukan Eksekutif AirAsia X Bhd, Tony Fernandes dilantik semula sebagai Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Bersama syarikat perniagaan itu, berkuat kuasa 1 Januari 2018.

Anggaran Waktu Membaca:
Tony Fernandes dilantik semula Pengarah Eksekutif, CEO Kumpulan Bersama AirAsia

CEO AirAsia Tony Fernandes berucap di sidang media pada 16 Nov. (Gambar: Tang See Kit)

Diterbitkan : 30 Dec 2017 08:21AM Dikemas Kini : 31 Dec 2017 02:01AM

KUALA LUMPUR: Pengarah Bukan Eksekutif AirAsia X Bhd, Tony Fernandes dilantik semula sebagai Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Bersama syarikat perniagaan itu, berkuat kuasa 1 Januari 2018.

Susulan pelantikan itu, beliau akan menyertai Ketua Pegawai Eksekutifnya Kamarudin Meranun untuk bersama-sama menerajui syarikat tersebut.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, AirAsia X berkata Fernandes juga merupakan Pengarah Eksekutif Bukan Bebas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Bhd.

“Beliau telah menerima pelbagai anugerah dan penghargaan sepanjang kerjaya beliau dan ini termasuklah Honour of the Commander of the Order of the British Empire, yang dianugerahkan oleh Ratu Elizabeth II pada 2011, dan Commander of the Legion d'Honneur, yang dianugerahkan oleh Kerajaan Perancis,” kata syarikat itu.

Baru-baru ini, AirAsia juga mengumumkan perubahan pucuk pimpinannya yang merupakan sebahagian daripada penyusunan semula dalaman syarikat itu.

Ia termasuklah pelantikan Riad Asmat sebagai CEO berkuat kuasa 10 Januari 2018, manakala CEO sekarang Aireen Omar dilantik sebagai Timbalan CEO Kumpulan bagi membantu mentransformasikan AirAsia menjadi sebuah syarikat global yang berlandaskan produk dan platform awan.

Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan