Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Tiga syarikat pengeluar kereta Jepun mengaku lakukan penipuan data

Syarikat pengeluar kereta Jepun, Suzuki Motor, Mazda dan Yamaha mengaku menggunakan data pelepasan asap yang tidak betul bagi sesetengah kenderaannya. 

Anggaran Waktu Membaca:
Tiga syarikat pengeluar kereta Jepun mengaku lakukan penipuan data

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 09 Aug 2018 10:34PM Dikemas Kini : 09 Aug 2018 10:42PM

TOKYO: Syarikat pengeluar kereta Jepun, Suzuki Motor, Mazda dan Yamaha mengaku menggunakan data pelepasan asap yang tidak betul bagi sesetengah kenderaannya, menurut kementerian pengangkutan negara itu hari ini (9 Ogos). Laporan itu adalah episod terkini dalam skandal penipuan data yang mencemarkan imej sektor pembuatan kenderaan negara itu.

Ia hasil siasatan dalaman di syarikat-syarikat terbabit selepas kementerian itu pada bulan lalu mengarahkan 23 syarikat kenderaan dan motosikal untuk melakukan demikian. Arahan itu dikeluarkan selepas pihak kementerian mendapati sebelum ini bahawa Nissan dan Subaru menjalankan ujian penjimatan bahan api dan pelepasan asap secara tidak betul.

Suzuki Motor, Mazda dan Yamaha juga didapati menjalankan ujian secara tidak wajar terhadap pemeriksaan kenderaan.

Menurut pihak kementerian, ujian-ujian pelepasan asap yang tidak lengkap dijalankan ke atas beberapa kenderaannya, tetapi para pegawai tetap meluluskan keputusannya.

Kementerian pengangkutan Jepun menyatakan bahawa ia akan "memeriksa laporan-laporan syarikat terbabit dan mengambil langkah-langkah ketat jika perlu". Tambahnya, kebanyakan daripada baki 20 syarikat lain yang diarahkan menjalankan pemeriksaan data sudahpun melaporkan tiada salah laku, manakala beberapa yang lain masih sedang menjalankan siasatan.

Pengakuan terbaru itu merupakan yang terbaru dalam senarai penipuan data di Jepun membabitkan sektor kenderaan Jepun.

Sumber : Agensi berita/HS/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan