Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Thailand tahan pasangan M'sia kendalikan hotel tanpa lesen di Hat Yai

Pihak berkuasa Thailand menahan sepasang suami isteri warga Malaysia hari ini (29 Nov) kerana mengusahakan sebuah hotel tiga tingkat tanpa lesen di Hat Yai.

Anggaran Waktu Membaca:
Thailand tahan pasangan M'sia kendalikan hotel tanpa lesen di Hat Yai

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 29 Nov 2018 07:45PM Dikemas Kini : 29 Nov 2018 07:50PM

SONGKLA: Pihak berkuasa Thailand menahan sepasang suami isteri warga Malaysia hari ini (29 Nov) kerana mengusahakan sebuah hotel tiga tingkat tanpa lesen di Hat Yai.

Ketua Pejabat Imigresen Songkla, Kolonel Shuttares Yingyongdamrongsakul, berkata hotel yang terletak di Jalan Poonakarn di Hat Yai menerima tempahan secara dalam talian daripada para pelanggan warga Malaysia dan Singapura.

"Hasil pemeriksaan pihak berkuasa, kami mendapati bangunan hotel tidak memiliki lesen kebenaran beroperasi dan menyalahi peraturan perhotelan," katanya kepada para wartawan hari ini (29 Nov).

Para pelanggan hotel itu dikenakan bayaran antara 2,600 Baht (S$108) dan 2,860 Baht (S$119) bagi penginapan semalam.

Menurut Encik Shuttares, pasangan suami isteri warga Malaysia berusia 50-an tahun itu yang menggunakan visa pelancong untuk menjalankan perniagaan di Thailand akan dihantar pulang ke negara asal mereka.

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan