Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Tambang Scoot naik 5% ekoran harga minyak lebih tinggi

Harga minyak meningkat hampir 40 peratus dari tahun ke tahun dan kini mencecah hampir AS$90 (S$123) setong secara purata, menurut Scoot.

Anggaran Waktu Membaca:
Tambang Scoot naik 5% ekoran harga minyak lebih tinggi

Gambar fail. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 02 Aug 2018 01:18PM Dikemas Kini : 03 Aug 2018 12:29AM

SINGAPURA: Syarikat penerbangan tambang murah Scoot menyatakan pada Khamis (2 Ogos) bahawa ia akan menaikkan tambangnya sebanyak sekitar 5 peratus secara purata bagi seluruh rangkaiannya, disebabkan harga yang meningkat.

Dalam satu kenyataan, Scoot menyatakan bahawa tambangnya akan naik antara S$5 dengan S$30 bagi setiap sektor bernula 1 September.

Harga minyak meningkat hampir 40 peratus dari tahun ke tahun dan kini mencecah hampir AS$90 (S$123) setong secara purata, menurut Scoot.

Dengan harga minyak merangkumi sekitar 32 peratus daripada seluruh kos operasi Scoot, kenaikan harga itu sudah menambah perbelanjaan bagi bahan api sebanyak 31 peratus dari tahun ke tahun, menurut syarikat penerbangan itu.

Scoot sudah memansuhkan kenaikan harga minyak daripada struktur tambangnya pada Mac 2016 apabila harga minyak jatuh ke paras terendah dalam enam tahun ketika itu.

Menurut Scoot lagi, ia sedang meneroka cara-cara untuk mengurangkan kos, Ini termasuk mengurangkan pembakaran minyak, mengkaji semula kontrak pembekal, langkah-langkah untuk meningkatkan daya penghasilan dan memastikan jumlah pekerja tidak berlebihan.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan