Syarikat tempatan makin 'berani' cuba nasib di luar negara
Lebih banyak jenama Singapura mula meneroka pasaran luar negara dengan menawarkan produk dan khidmat meliputi makanan harian hingga minyak ubat.
SINGAPURA: Lebih banyak jenama Singapura mula meneroka pasaran luar negara dengan menawarkan produk dan khidmat meliputi makanan harian hingga minyak ubat.
Saiz pasaran tempatan sekitar 5.6 juta - jauh berbeza jika dibandingkan dengan pasaran di China atau India yang menjangkaui berbilion penduduk.
Lebih separuh daripada syarikat di sini pula sudah menebarkan sayap ke luar negara dengan lebih banyak perusahaan kecil dan sederhana (SME) cuba berbuat demikian, menurut Enterprise Singapore.
Namun, perjalanan untuk 'berhijrah' itu bukanlah sesuatu yang mudah kerana SME berdepan dengan cabaran seperti kekurangan modal dan pengetahuan pasaran asing.
Antara jenama yang meskipun sudah lama bertapak di sini tetapi mula meneroka luar negara adalah rangkaian jenama 'Ya Kun' dan 'Tiger Balm'.
Walaupun tidak ada istilah 'rahsia kejayaan' dalam perjalanan mereka, para pakar yang ditemui berkata ciri-ciri seperti inovasi dan penjenamaan adalah penting untuk sesebuah syarikat menembusi pasaran luar negara.
Sedang lebih banyak jenama tempatan mencari seimbangan yang betul dalam mengekalkan identiti tempatan dengan penyesuaian kepada cita rasa orang luar, adalah diharapkan jenama Singapura akan terus bertapak di persada dunia.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.