Syarikat-syarikat SME S'pura lebih berupaya sesuaikan diri dengan cabaran tenaga kerja
Syarikat-syarikat kecil dan sederhana (SME) di Singapura semakin berupaya menyesuaikan diri dengan cabaran tenaga kerja yang mereka hadapi sebelum ini.
SINGAPURA: Syarikat-syarikat kecil dan sederhana (SME) di Singapura semakin berupaya menyesuaikan diri dengan cabaran tenaga kerja yang mereka hadapi sebelum ini.
Demikian menurut tinjauan tahunan ke atas kira-kira 2,500 syarikat oleh sebuah kumpulan analisis kredit.
Ia mendapati kadar SME yang mempunyai kesulitan dengan kos tenaga kerja jatuh kepada 70 peratus daripada 85 peratus pada 2013.
Terdapat juga kemerosotan dalam jumlah SME yang mengalami kesukaran mengambil pekerja dari 49 peratus pada 2014 kepada 26 peratus pada tahun lalu.
Sedang isu kekurangan tenaga kerja dan pengambilan kerja semakin pulih, tinjauan itu mendapati tumpuan SME kini beralih ke arah penjanaan pendapatan dan strategi pertumbuhan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.