Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Syarikat pengeluar semikonduktor SSMC buka kemudahan S$300 juta di S'pura

Syarikat semikonduktor, Systems on Silicon Manufacturing Company (SSMC) bakal meningkatkan pengeluarannya di Singapura dengan pembukaan satu kemudahan baru. Kemudahan itu dibuka secara rasmi hari ini (27 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 27 Nov 2018 10:35PM Dikemas Kini : 28 Nov 2018 01:02AM

SINGAPURA: Syarikat semikonduktor, Systems on Silicon Manufacturing Company (SSMC) bakal meningkatkan pengeluarannya di Singapura dengan pembukaan satu kemudahan baru. Kemudahan itu dibuka secara rasmi hari ini (27 Nov).

Projek berkenaan melibatkan pelaburan mencecah S$300 juta. Kemudahan bilik bersih Annex 10 sekaligus membentuk kenaikan 34 peratus bagi ruang pengilangan automotif dan cip khas.

SSMC menyarankan bahawa kemudahan berkenaan, yang terletak di tapak sedia ada Pasir Ris Industrial Drive 1, akan meningkatkan pengeluaran wafer automotif sebanyak 40 peratus dan mungkin sehingga 60 peratus menjelang 2023.

Kemudahan itu akan turut dijadikan sebagai makmal pembelajaran bagi huraian-huraian Industri 4.0. Bukan itu sahaja, 100 pekerjaan bakal diwujudkan sempena pembukaan kemudahan tersebut.

Bercakap kepada Mediacorp, Ketua Pegawai Eksekutif SSMC Jagadish CV berkata, syarikat itu berharap dapat menjadi pengeluar khusus cip kerana yakin permintaan cipset bagi kereta-kereta akan memacu perniagaannya.

Cipset lazimnya digunakan dalam industri automotif bagi peralatan perhubungan dalam kenderaan termasuk rangkaian bagi maklumat hibur.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan