Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Syarikat pangkalan S'pura lancarkan dana mata wang kripto S$13.7 juta

Firma modal teroka, Golden Gate Ventures yang berpangkalan di Singapura menyatakan pada Jumaat (10 Ogos) bahawa ia akan melancarkan dana sejumlah AS$10 juta (S$13.7 juta) untuk dilabur ke dalam syarikat-syarikat pemula mata wang kripto dan teknologi blockchain.

Anggaran Waktu Membaca:
Syarikat pangkalan S'pura lancarkan dana mata wang kripto S$13.7 juta

(Gambar: Roslan Rahman/AFP)

Diterbitkan : 10 Aug 2018 11:55AM Dikemas Kini : 10 Aug 2018 12:02PM

SINGAPURA: Firma modal teroka, Golden Gate Ventures yang berpangkalan di Singapura, menyatakan pada Jumaat (10 Ogos) bahawa ia akan melancarkan dana sejumlah AS$10 juta (S$13.7 juta) untuk dilabur ke dalam syarikat-syarikat pemula mata wang kripto dan teknologi blockchain.

Dana yang diberi nama LuneX Ventures itu akan melabur ke dalam syarikat-syarikat tahap permulaan di peringkat dunia seperti pertukaran dan penyedia keselamatan mata wang kripto.

Para pelabur dana itu termasuk para individu yang memiliki nilai aset tinggi serta syarikat-syarikat penasihat pengurusan aset peribadi.

Dana itu adalah sebahagian daripada sekelompok perusahaan serupa yang melabur dalam bidang mata wang kripto, yang disokong oleh para individu mewah serta syarikat-syarikat kewangan sejak setahun lalu.

Syarikat-syarikat tersebut sudah menggantikan sebahagian daripada pangkalan pelabur runcit yang memacu nilai bitcoin dengan ketara pada 2017.

Nilai mata wang maya terbesar dan terkenal di dunia itu bagaimanapun menjunam lebih separuh berbanding hampir AS$20,000 (S$27,336.90) yang dicatatkan pada lewat tahun lalu. 

Sumber : Reuters/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan