Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Sultan Johor kini miliki lebih 15 % pegangan 7-Eleven M'sia

7-Eleven Malaysia Holdings Bhd mengumumkan hari ini (6 Dis) bahawa Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, meningkatkan lagi pegangannya dalam syarikat itu kepada 15.52 peratus mewakili sejumlah 172.37 juta saham daripada 8.44 peratus yang dipegang pada Ogos 2017.

Anggaran Waktu Membaca:
Sultan Johor kini miliki lebih 15 % pegangan 7-Eleven M'sia

Sebuah cawangan 7-eleven di Malaysia. (Gambar: Facebook)

Diterbitkan : 06 Dec 2017 11:00PM Dikemas Kini : 06 Dec 2017 11:03PM

KUALA LUMPUR: 7-Eleven Malaysia Holdings Bhd mengumumkan hari ini (6 Dis) bahawa Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, meningkatkan lagi pegangannya dalam syarikat itu kepada 15.52 peratus mewakili sejumlah 172.37 juta saham daripada 8.44 peratus yang dipegang pada Ogos 2017.

Sultan Ibrahim kekal sebagai pemegang saham individu kedua terbesar.

Pemegang saham terbesar 7-Eleven Malaysia, Tan Sri  Vincent Tan, berkata beliau amat gembira Sultan Ibrahim terus meningkatkan pegangan dalam 7-Eleven Malaysia, menurut syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini.

“Ini mencerminkan keyakinan berterusan Sultan Ibrahim terhadap keupayaan, prestasi dan potensi perniagaan 7-Eleven Malaysia.

"7-Eleven Malaysia mencatatkan pendapatan belum diaudit sebanyak RM1.64 bilion (S$0.5 bilion) dengan keuntungan sebelum cukai RM43.94 juta (S$15 juta) bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 Sept, 2017,” katanya.
 

Sumber : Bernama/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan