Images
  • st engineering file shot
    ST Engineering (Gambar fail: Reuters)

ST Engineering dapat kontrak uji tiang lampu bijak

SINGAPURA: Singapore Technologies Engineering memenangi kontrak bernilai S$7.5 juta bagi satu projek percubaan tiang lampu bijak di Singapura. Menurut laman tender Pemerintah, projek itu merangkumi pemasangan kamera dan sensor pada tiang-tiang lampu.

Projek tersebut adalah sebahagian daripada gagasan Negara Bijak yang dibangunkan pemerintah untuk memanfaatkan teknologi serba canggih yang direka khas bagi memperbaiki kehidupan penduduk, sambil memastikan ia tidak mencabuli privasi peribadi.

Sungguhpun demikian, pemasangan kamera pada tiang-tiang lampu yang dihubungkan dengan sofwe pengecaman wajah mencetuskan kebimbangan tentang privasi dalam kalangan pakar keselamatan dan kumpulan hak asasi.

ST Engineering melalui satu kiriman emel mengesahkan bahawa pihaknya sedang mengusahakan projek itu.

- REUTERS/TQ/tq

Top