Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

SME ambil sikap lebih berhati-hati tentang prospek perniagaan

Syarikat-syarikat kecil dan sederhana (SME) lebih berhati-hati terhadap prospek perniagaan bagi tempoh enam bulan akan datang.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 08 Oct 2018 07:51PM Dikemas Kini : 09 Oct 2018 12:44AM

SINGAPURA: Syarikat-syarikat kecil dan sederhana (SME) lebih berhati-hati terhadap prospek perniagaan bagi tempoh enam bulan akan datang.

Demikian menurut satu tinjauan oleh Persekutuan Perniagaan Singapura dan Kumpulan Maklumat DP yang merangkumi 3,600 syarikat.

Berbanding indeks suku tahun lalu, tinjauan suku ini turun 1 peratus kepada 51.0.

Indeks 50 mata ke atas menunjukkan jangkaan pertumbuhan manakala bawah 50 mata bermakna kemungkinan berlakunya penguncupan.

Setiap sektor agak kurang optimistik walaupun masih menjangkakan keuntungan yang lebih.

Trend penurunan paling menjejas sektor pengilangan sementara sektor runcit dan F&B dijangka paling kurang terjejas, mungkin disebabkan musim perayaan akan datang.

Sektor pengilangan juga mencatat penurunan terbesar dalam jangkaan pertumbuhan keuntungan, disebabkan oleh kebimbangan tentang peningkatan kos.

Hanya sektor pengangkutan dan simpanan dijangka berkembang sedikit, berikutan peningkatan dalam perdagangan serantau.

Bagaimanapun, hampir semua sektor lebih optimistik mengenai pelaburan modal dengan syarikat pembinaan dan kejuruteraan kecil meningkatkan pelaburan mereka selaras dengan inisiatif daya saing oleh Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA).

Jangkaan pengambilan pekerja, meski kekal positif, juga jatuh sedikit.

Namun, transformasi digital mewujudkan permintaan untuk bakat-bakat dengan kemahiran memacu perubahan dalam ekonomi baru terutamanya dalam sektor runcit.  

Sumber : CNA/NU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan